Perasan tak, akhir-akhir ni ramai antara kita yang alami batuk, sering bersin dan selsema?
Kes Influenza-Like Illness (ILI) yang dikesan baru-baru ini masih berada dalam keadaan terkawal walaupun sudah ada beberapa kluster ILI dikesan dalam kalangan pelajar berasrama penuh menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Tambahnya lagi, orang ramai terutamanya ibu bapa diminta agar tidak panik kerana penyakit ini adalah jangkitan biasa dan ianya akan meningkat dari semasa ke semasa. Sekiranya bergejala, apa yang perlu dilakukan pesakit adalah melakukan pemantauan selain kuarantin kendiri.
Difahamkan, gejala bagi Influenza ini mungkin lebih teruk berbanding Covid-19 kerana pesakit akan mengalami demam panas melebihi 38 darjah celsius, mengalami batuk teruk dan juga bersin yang berpanjangan.
Namun begitu, menurut laporan TRP, ujian kendiri menggunakan kit ujian kendiri yang boleh didapatkan di farmasi boleh dilakukan oleh orang ramai bagi mengesan penyakit ini.
Merujuk kepada satu posting di Facebook, ada sesetengah kit ujian Covid-19 yang ada dijual ini mampu mengesan Covid dan juga Influenza pada masa yang sama. Caranya sama seperti melakukan ujian RTK iaitu menggunakan sampel air liur.
Menjelaskan perkara tersebut, ada sesetengah kit ujian yang diluluskan oleh MDA mampu mengesan kehadiran Influenza dalam air liur. Sekiranya dua garisan muncul di seksyen atau kawasan ujian Flu A / Flu B, ini bermakna anda dijangkiti influenza.
Menurut Jabatan Penerangan Selangor, wabak yang disebabkan virus influenza bermusim ini hanya akan menyebabkan demam selsema yang ringan pada orang biasa, namun ianya boleh mendatangkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi.
Baca : “Serang pernafasan budak & baby” – Virus RSV, Kini Aktif Serang Kanak-kanak