Ketua pasukan Denmark, Simon Kjær diangkat sebagai wira selepas tindakannya memberikan bantuan kecemasan awal kepada rakan sepasukannya semalam.
Dalam kejadian itu, pasukan Denmark dalam perlawanan menentang Finland dalam kejohanan kumpulan B Euro 2020 dan secara tiba-tiba seorang pemain Denmark, Christian Eriksen rebah.

Tindakan Kjær yang terus berlari ke arah Eriksen dan memangku leher, meluaskan pengaliran udara dan mengelola CPR sebelum pasukan paramedik tiba di hujung padang.
Kjær, yang juga pemain pertahanan AC Milan dan penjaga gawang Leicester City Kasper Schmeichel kemudiannya turut kelihatan menenangkan pasangan Eriksen di bangku penonton. Tindakan mereka itu boleh dilihat menerusi tweet @MousaQi di atas.
Para pemain Denmark juga diberi pujian selepas mereka membina penghalang mengelilingi Eriksen yang sedang dirawat dalam kejadian itu.
Sukacita dimaklumkan, Persatuan Bolasepak Denmark telah mengumumkan Eriksen kini sedar dan dalam rawatan di hospital.

Perlawanan peringkat kumpulan itu berakhir dengan kemenangan 1-0 Finland ke atas Denmark dan Christian Eriksen dinobatkan sebagai Man of The Match.
Baca: Bendera Palestin Diarak Pada Final Piala FA, Rupanya Ada Kisah Disebaliknya