in

“Sila tapis otak ko dulu” – Netizen Tak Setuju Tapis Netflix, Kritik Ahmad Idham Pun Buat Filem Tak Berkualiti!

sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang melanggan platform penstriman, Netflix, minggu lepas muncul berita buruk yang mengatakan platform ni bakal ditapis! Whaaat? 

Berita ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang memandang serius perkara tu kerana Netflix menjadi penyumbang utama hiburan tanpa ditapis dan akan beri kesan buruk kepada generasi depan, lapor Sinar Harian. Erk! 


223804
Sumber: Sinar Harian

 

“Kau ni FINAS filem tempatan pun tak pandai jaga sibuk nak kacau Netflix” 

Seperti yang korang dapat agak, ramai di kalangan netizen bengang dan tak setuju langsung dengan cadangan yang dikemukakan Ahmad Idham selaku CEO FINAS. 

Bagi mereka, cadangan FINAS seakan-akan ‘menyibuk’ nak kawal apa netizen boleh tonton dan tak boleh tonton pulak walhal mereka membayar untuk melanggan platform Netflix ni tau. Uish marah betul netizen!

Sumber: Twitter

 

“Maaf cakap tapi ini masalah bila kau letak pembuat filem macam ni jadi CEO FINAS” 

Tak cukup dengan menghentam FINAS, netizen siap personal attack Ahmad Idham lagi dengan kata beliau selaku pengarah selalu buat filem tak berkualiti dan lebih kepada rempit dan ‘cinta cintun’. Hmm ni admin no komen lah! 

lerrr
Sumber: Twitter

Meskipun Ahmad Idham ada jelaskan di Twitter mengenai statementnya untuk tapis Netflix ni sekadar ambil maklum keluhan ibu bapa yang risau dengan kemasukan macam-macam filem tanpa tapisan, masih ramai lagi yang tak setuju dengannya. Boleh baca tweet lengkap kat sini. 

Netizen mencadangkan supaya ibu bapa atau individu tu sendiri yang tapis content di dalam Netflix tersebut melalui bahagian ‘Setting’. Korang boleh set apa yang anak korang boleh tengok atau tak.

Malah Netflix pun ada akaun untuk Kids. Tak perlu susah-susah kerajaan nak menapis platform ni.

Jadi apa pendapat korang? Patutkah Netflix ditapis? Fikir-fikirkanlah… 

Baca: “Itu rambutan” – Siri Netflix Ini Guna Rambutan Sebagai ‘Buah Asing’ Buat Netizen Geli Hati

rambutan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.