in

“Sikit-sikit nak rakam” – [VIDEO] Netizen Kecam Tindakan Lelaki Marah Kakak Cashier Sebab Tutup Kaunter

Cashier Pelanggan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti di antara kita pernah mengalami situasi yang mana ketika beratur di pasar raya untuk membuat pembayaran, tiba-tiba kaunter ditutup apabila tiba giliran kita.

Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pelanggan lelaki memarahi seorang pekerja cashier wanita di sebuah pasar raya.


Lelaki yang membuat rakaman itu didakwa telah menimbulkan kekecohan dengan melakukan provokasi kerana tidak berpuas hati dengan kakak cashier itu selepas dimaklumkan kaunter yang dijaganya telah tutup.

Dakwa lelaki tersebut, cashier wanita itu dikatakan sengaja mahu menutup kaunter meskipun dia dan ibunya sudah menunggu lama di situ. Situasi semakin tegang apabila pekerja itu meninggikan suara selepas tak dapat tahan ditengking dan diancam perakam.

Perkongsian tersebut telah menjadi bualan hangat orang ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan motif perakam kerana hal itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa perlu tercetusnya insiden ini.

Menurut komen salah seorang netizen, pekerja wanita tersebut merupakan ibu mengandung dan kaunter itu ditutup selepas menerima arahan daripada pihak atasan.

Screenshot 20230103 012620

Cashier 2

Ada juga netizen yang bersetuju kedua-dua pihak bersalah tetapi tidak perlu buat kecoh seperti itu kerana telah menimbulkan rasa tidak senang pelanggan lain.

Akibat video tular itu, lelaki tersebut telah memadam video berkenaan dan membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun TikToknya.

Baca: Restoran Karen’s Diner Dibuka Di Jakarta, Tapi Wujud Pergaduhan Sebab Body Shaming Pelanggan

F2 Kdji

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.