Memang diakui, susah nak tengok golongan muda atau kanak-kanak yang rajin ke masjid pada setiap waktu solat. Sebab tu, kadang-kadang pihak pengurusan masjid akan adakan aktiviti untuk galakkan lagi golongan macam ni mengimarahkan masjid dan surau.
Pun begitu, dah nama pun budak-budak mestilah kadang-kadang tu ada yang tak reti nak duduk diam atau suka berlari ke sana sini kan? Tak boleh nak expect dorang duduk dengar cakap all the time.
Macam baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Shahrul Hisham telah kongsikan video sekumpulan kanak-kanak telah ditolak oleh seorang pakcik di surau gara-gara membuat bising sehingga mengganggu jemaah.
Shahrul meluahkan, tindakan kasar yang dibuat oleh pakcik ini boleh membuatkan generasi akan datang tak mahu jejak ke surau atau masjid kerana tak mahu bergaduh dengan orang seperti ini.
Masa nabi solat, cucu baginda main main sampai naik atas tubuh baginda. Takde baginda nak marah. Pakcik dalam video ni kompom masuk syurga ke sampai nak terajang anak orang.
“Dan, generasi ini lah yang mungkin takkan jejak kaki ke surau masjid sebab malas na bertelagah dengan ahli syurga macam pakcik.”

“Budak je pun. Kita tua, ada akal, gunalah”
Rata-rata netizen yang menonton video ini juga turut bersetuju dengan kenyataan Shahrul dan mengecam tindakan pakcik tersebut.

Hm kesian budak-budak ni, jadi takut pulak nak ke masjid. Boleh je ditegur elok-elok dari berkasar macam tu.

