in

“Sikit lagi boleh mati” – Gara-Gara Kerap Korek Telinga, Wanita Hampir Maut Sebab Terkena ‘Infection’ Di Otak

Telinga4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nikmat kalau dapat korek telinga pakai cotton bud lebih-lebih lagi kalau baru lepas mandi tu memang ‘layan’. Tapi dalam sedap-sedap ‘layan feel’ tu kena berpada-pada tau, nanti jadi macam wanita umur 38 tahun ni.

 

Telinga belah kiri dah pekak


Telinga

Seorang wanita dari Australia ni mengalami jangkitan dalam otak dia, kebarangkalian untuk menerpa maut tu sangat tinggi.

Ia mula diketahui lepas Jasmine Small rasa pelik telinga kiri dia dah pekak selama berbulan-bulan. Menurut sumber The Sun, Jasmine sebelum ni dah buat check up dengan doktor tapi doktor kata tak ada apa-apa.

Masalah tu melarat bila setiap kali dia korek telinga ada ‘benda’ warna coklat berbau busuk, kadang-kadang ada darah.

Menurutnya, ubat antibiotik yang doktor bagi kat dia tak mujarab langsung. Bimbang dengan keadaannya, Jasmine akhirnya jumpa pakar telinga, hidung dan tekak pada tahun 2017. Disitu, dia menjalani imbasan CT.

Hasilnya, doktor terkejut tengok bila lihat ada infection dalam telinga dia dan infection tu menghampiri otak dia. 

Ia berpunca apabila kapas dari pengorek telinga tu tercabut masa dia tengah korek telinga dan tersumpat kat dalam selama beberapa tahun.

Mengaku dekat doktor yang dia rajin korek telinga, doktor menjelaskan bahawa dia hampir menerpa maut kalau kerap melakukan perbuatan tersebut.

 

Doktor kata kalau saya masukkan sesuatu yang lebih panjang sikit (cucuk lebih dalam) saya mungkin boleh mati” – Jasmine

Telinga3

Lepas dari insiden itu, dia terus menjalani pembedahan dan doktor berjaya menghapuskan jangkitan kuman tu.

Tapi malangnya, dia kekal pekak sebab telinga belah kiri dia dah rosak. Jadi, doktor bagi dia pilihan samada nak jalani pembedahan lain untuk kembalikan deria pendengaran atau menggunakan alat bantuan pendengaran dan keputusan Jasmine….

 

Pakai alat pendengaran seawal umur 38 tahun sangat teruk”

Telinga2

Menurut doktor, kapas tu dah 5 tahun tersumbat dalam telinga dia. Sebelum dia pekak, telinga dia asyik sakit dan pada tahun 2016, pendengaran dia semakin pudar.

Ingat tu, kalau nak korek telinga jangan dalam-dalam sangat, dan jangan kerap korek telinga lepas mandi. Bersihkan bahagian luar cukup memadai.

 

Baca : Cuping Telinga Kanak-Kanak Perempuan Ini Terkoyak Sebab Tersangkut Di Langsir

Cuping

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.