Nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sering menjadi bualan hangat di kalangan warganet disebabkan beberapa kontroversi yang ada.
Baru-baru ini, dia telah dituduh menyentuh payudara seorang peminat semasa sesi bergambar di Stylofest yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.
Melalui video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, dapat dilihat Aliff Syukri sedang dikerumuni peminat yang mahu mengambil gambar bersamanya.
https://www.instagram.com/p/CklWPDcgNeB/
Dalam keadaan yang sesak itu, dapat dilihat wanita tersebut yang berada di hadapannya telah memusing secara tiba-tiba dan kelihatan seolah-olah tangan Aliff terkena di payudara wanita tersebut.
Selepas video itu dimuat naik, ia telah menarik perhatian warganet yang rata-rata mempersoalkan tindakan Aliff Syukri itu.
Insiden itu juga menyebabkan warganet meneliti video berkenaan dan saling mempersoal sama ada tindakan itu berlaku secara sengaja atau tidak.
Kejadian itu telah menyebabkan warganet memberikan pelbagai reaksi yang tidak enak kepadanya dan ada juga yang melibatkan isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida yang sedang sarat mengandung.
Tak sentuh pun tengok la betul-betul..
Kalau tak tidur luar ni..
Walaubagaimanapun, sehingga kini Aliff Syukri masih mengunci mulut dan tidak mahu memberikan apa-apa jawapan mengenai isu ini.
Mungkin dia tak sengaja, sebab tempat pun sesak kann.. tak elok kita tuduh orang sesuka hati..
Baca : [VIDEO] Caprice Nak ‘Collab’ Dengan Aliff Syukri, Netizen Tak Setuju Sebab…