in

Sijil Penerima Vaksin Sinovac Akan Berubah Jadi ‘Putih’ Mac Ini Jika Tak Ambil Booster – KJ

ft kkm khairy jamaluddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana individu yang menerima dos lengkap vaksin Sinovac, berumur 18 tahun keatas perlu mengambil suntikan dos penggalak selewat-lewatnya dalam bulan ini ,bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, status vaksin di aplikasi MySejahtera akan berubah dari kuning kepada putih sekiranya bermula 1 Mac 2022.


“Perlu mengambil suntikan dos penggalak, kalau tidak sijil vaksinasi kuning akan jadi putih, anda akan dianggap tidak divaksinasi penuh lagi dan sekatan di pintu masuk di premis tertentu”

Katanya lagi, sebanyak 3.5 juta penerima vaksin Sinovac masih belum menerima dos penggalak. Malah, beliau juga menggalakkan mana-mana jenis vaksin sekalipun untuk mengambil dos pennggalak itu kerana mempunyai dos ketiga lebih baik daripada 2 dos sahaja.

Dalam pada itu, beliau juga telah menetapkan bahawa mana-mana individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif Covid-19 perlu menjalani tempoh kuarantin bergantung kepada kadar dos yang diterima.

Bagi mereka yang menerima dos penggalak, mereka perlu jalani kuarantin sebanyak 5 hari. Bagi yang vaksinasi lengkap (tanpa dos penggalak) sebanyak 7 hari dan 10 hari bagi mereka yang belum lengkap dan belum divaksinasi.

Baca : “Semalam saya sendiri buat tempahan” – Dituduh Tak Vaksin, KJ Sudah Daftar Anak Untuk PICKids

pickids kj daftar anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.