in

Sihir, Bomoh, Pengkid & Lahir Anak Luar Nikah Diwartakan Jenayah Syariah Baharu di Terengganu

Bomoh Pengkid Salah Syariah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti bomoh dan sihir antara empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, semalam.


Menurut Utusan Online, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, enakmen itu diluluskan bagi memperkukuhkan lagi perundangan syariah di negeri itu.

Dewan Undangan Negeri Terengganu Dun Terengganu Bernama 240621 1

Selain dari itu, tiga lagi seksyen baharu lain melibatkan kesalahan perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid), hamil atau melahirkan anak luar nikah dan persediaan melakukan liwat.

Enakmen ini akan mula dilaksanakan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tambahnya lagi, pindaan enakmen ini sangat tepat pada masanya memandangkan lebih 20 tahun ia digubal dan kali terakhir pindaan dibuat adalah pada tahun 2016 iaitu hanya melibatkan 5 seksyen sahaja.

Empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam enakmen itu melibatkan kesalahan  perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid) dan persediaan melakukan liwat.

“Beberapa penambahbaikan yang dibuat antaranya memaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5000 dan enam sebatan,” katanya.

Kks Ub120320 Sembang P1

Bagi pastikan umat Islam mendapatkan rawatan alternatif yang tak bercanggah dengan hukum syarak, satu unit khas telah ditubuhkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk pantau perkara ini.

“Begitu juga dengan hukuman perempuan berlagak seperti lelaki, ia diwujudkan kerana trendnya agak membimbangkan sejak akhir-akhir ini, tidak seperti dahulu hanya lelaki sahaja yang berlagak seperti perempuan.

“Dengan pelaksanaan hukuman itu nanti, kerajaan negeri berharap rakyat Terengganu akan mematuhi perundangan Islam selaras matlamat menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” katanya lagi.

Lepas ni siapa yang berani-berani nak main sihir tu tunggulah hukuman mengikut undang-undang ye. 

Baca: Ada Pihak Dakwa Dirinya Sebagai Ejen Israel, Anwar Ibrahim Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Anwar

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.