Baru-baru ini, ada seorang individu di Facebook telah mempersoalkan mengapa ada papan tanda dalam Bahasa Jepun di stesen KL Sentral.
Dalam posting di Facebook itu, individu itu telah memuat naik gambar papan tanda tersebut beserta kapsyen yang berbunyi ‘Bahasa Jiwa Bangsa nk bunuh Bangsa bunuh lah Bahasanya’.
Namun, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Ikhmal Mohd Iskandar telah tampil menjelaskan tentang papan tanda bahasa Jepun terbabit.
Artikel Berkaitan: Mechamato Cipta Sejarah, Animasi Luar Jepun Pertama Menangi Anugerah Peminat Anime Di Tokyo
Artikel Berkaitan: “Wow rare!” – [VIDEO] Lafaz Nikah Bahasa Jepun & Mas Kahwin Duit Yen Raih Perhatian Netizen
Menurut Mohd Ikhmal, papan tanda bahasa Jepun itu memang dah lama ada, sejak awal bangunan KL Sentral itu siap dibina lagi.
Ini kerana papan tanda tersebut sebagai tanda penghargaan kepada Kisho Kurokawa iaitu arkitek Jepun yang bertanggungjawab mereka bangunan KL Sentral tersebut.
Difahamkan juga, papan tanda dalam gambar yang dikongsikan oleh individu yang mempersoalkan tentang isu bahasa Jepun ini juga sebenarnya telah disunting.
Dalam gambar papan tanda yang dikongsikan tersebut, teks dalam bahasa Melayu (KLIA Ekspress & KLIA Transit) telah dipadam dan hanya teks dalam bahasa Jepun yang tinggal.
Untuk pengetahuan semua, artikek yang sama juga turut bertanggungjawab dalam mereka bangunan utama di KLIA.
Papan tanda pun dah lama ada…
Sumber: Facebook, KL Sentral