Umum mengetahui bahawa peperiksaan UPSR dan PT3 telah beberapa tahun dimansuhkan. Namun, ramai berpendapat bahawa ketiadaan peperiksaan-peperiksaan besar ini telah menyebabkan ramai murid sekolah menjadi malas belajar.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial tentang jawapan yang ditulis oleh beberapa orang pelajar sekolah dalam peperiksaan.
https://twitter.com/srahchic/status/1748369355266818235
Difahamkan, jawapan tersebut telah dikongsikan sendiri oleh pelajar sekolah itu di TikTok sebelum dikongsikan semula oleh pengguna media sosial lain di platform X.
Dalam gambar jawapan yang dikongsikan itu, dapat dilihat bahawa soalan itu meminta pelajar untuk menulis karangan dalam Bahasa Inggeris tentang kebaikan dan keburukan tinggal di rumah sewa bersama-sama rakan apabila menyambung pelajaran di universiti.
Namun, karangan yang ditulis oleh pelajar itu sangat pendek dan mempunyai kesalahan ejaan yang agak banyak.
Artikel Berkaitan: “Pegawai bank pun tak tau nak jawab” – Guru Selar Soalan Matematik Darjah 3 Tak Masuk Akal
Artikel Berkaitan: “Mana adab?” – Guru Kecewa, Pelajar Jawab ‘Sebab Boleh’ Dalam Soalan Peperiksaan
our generation is cooked 😭😭 pic.twitter.com/NDfgNc83SQ
— malaytwt (@hourlymalaytwt) January 18, 2024
Manakala dalam sebuah lagi jawapan pelajar lain yang tular, pelajar tersebut ditanya soalan berkenaan maksud ihtilam dan maksud haid.
Namun, pelajar itu tidak dapat menjawab dengan betul kerana dia menulis jawapan ‘ibu yang selalu marah anak-anak’ di bahagian jawapan soalan maksud haid tadi.
Selain itu, pelajar itu juga tidak dapat mengeja beberapa perkataan dengan baik.
Jawapan-jawapan pelajar yang tular itu telah menyebabkan ramai warganet risau dengan masa depan negara kerana ramai berpendapat bahawa remaja dan budak sekolah rendah zaman sekarang ramai (bukan semua) yang malas belajar dan mengulang kaji.
Namun, dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan masih ramai pelajar yang pandai dan rajin, namun mereka tidak terdedah kepada media sosial.
Apa pendapat korang tentang isu ini? Patut atau tidak peperiksaan PT3 diadakan semula untuk mengatasi masalah pelajar malas belajar ini?
Sumber: X @hourlymalaytwt, X @srahchic