in

Siapa Yang Pertama Pakai? Kenapa Plat Perak Mula Huruf A? Ini Sejarah Kereta Di Malaysia

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tahu tak dekat Malaysia ni, jumlah kenderaan lagi banyak dari jumlah keseluruhan penduduk di negara ni? Kalau ikut data pada tahun 2021, ada 33.3 juta kenderaan yang berdaftar di seluruh negara manakala penduduk pula hanya ada 32.6 juta je.


Dikatakan, pertambahan jumlah kenderaan ini telah meningkat sebanyak sejuta setiap tahun bermula pada tahun 2019. Patutlah lebuhraya banyak dibina pun, masalah kesesakan trafik tak ada jalan penyelesaian.

Tapi korang pernah tak terfikir siapa orang pertama sekali pakai kereta dekat Malaysia ni dan macam mana ia boleh jadi transport utama di sini? Jom baca!

Artikel berkaitan: “Info berguna” – Guna Tips Ini Untuk Memotong Kenderaan Berat Dengan Selamat

 

Artikel berkaitan: Jumlah Kenderaan Atasi Populasi Penduduk Di Malaysia, Patutlah Trafik Makin Sesak!

1902: Kereta pertama di Malaysia

Mercedes Simplex Models 1904 1910

Dikatakan kereta pertama yang diimportkan ke Malaysia merupakan Mercedes Simplex oleh seorang lelaki bernama Eu Tong Sen yang berasal dari Gopeng, Perak. Kalau korang nak tahu, Eu Tong Sen ini merupakan anak kepada pemilik kedai herba Cina Eu Yan Sang.

Ramai mendakwa ini adalah sebab kenapa nombor plat di Perak bermula dengan huruf ‘A’, ada juga yang cakap ketika itu Perak mempunyai jumlah kereta tertinggi. Mana tidaknya, ramai tau orang-orang kaya dekat sana sebab banyak lombong biji timah.

Dikatakan juga, plat ‘A1’ telah diambil oleh British gara-gara tak nak bagi pada orang biasa. Ia menjadi milik Claude Henry Labrooy yang merupakan arkitek Bandaraya Ipoh. Namun kini, ia menjadi milik Sultan Selangor.

1909: Ford iklankan kereta pertama di Malaysia

Ford Model T Ad

Tahun 1909 merupakan titik permulaan dominasi Amerika terhadap pasaran automotif di Malaysia. Kemudian pada 1911 terdapat rancangan untuk menjual 60 kereta setahun. Pada tahun 1926 pula, Ford telah membuka kilang di Singapura yang ketika itu masih bersama Malaya dan mendominasi 80% penjualan kereta di Malaya. Pada tahun 1964, Mk1 Ford Cortina merupakan kereta yang paling banyak terjual.

1956: Kenderaan British dominasi pasaran

Pada tahun 1956, Eropah telah mendahului pasaran kereta asing dengan mengimport sebanyak 65% kereta baru di Malaya.

1966: Pembentukan Persatuan Penduduk Kenderaan Bermotor Malaysia (MVAA)

10 firma automobil telah bergabung bersama-sama bagi membentuk MVAA. Singapura dan Malaysia telah bersaing bagi mendapatkan pelaburan asing sehingga mereka merasakan telah sampai masanya untuk mencari satu titik persamaan. Pada tahun 2000, MVAA telah bergabung dengan Persatuan Peniaga Motor Malaya untuk membentuk Persatuan Automotif Malaysia.

1968: Kereta pertama dipasang di Malaysia

Volvo 144 Rear Kuala Lumpur

1970-an-1980-an: Era kereta Jepun

Ekoran sentimen anti-Jepun dari Perang Dunia Kedua, kereta keluaran Jepun sukar untuk naik di pasaran, tak cukup dengan itu, rekaan kereta yang lebih ringan dan harga yang murah juga turut tidak membantu. Pun begitu, pada tahun 1981, jenama Jepun telah mendapat jualan tertinggi di enam tempat di Malaysia dan mendominasi lima tempat teratas.

1983: Kereta keluaran Malaysia pertama

First Generation Proton Saga Kuala Lumpur

Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) telah bergabung dengan Mitsubishi bagi membantu untuk menghasilkan kereta tempatan pertama negara. Kereta pertama di Malaysia, Proton Saga telah dikeluarkan pada 1985 dan disokong oleh Perdana Menteri pada ketika itu Dr. Mahathir Mohamad.

1993: Pesaing kereta tempatan

8409A133Ace448Ad85604Bda96798342 800

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah ditubuhkan pada 1993 dengan usaha sama bersama Daihatsu. Dari 1994, Perodua mula menjual kereta kompak berdasarkan model Daihatsu Mira.

2023: Jenama baru?

Pada tahun 2018, ketika Dr. Mahathir kembali memegang jawatan sebagai perdana menteri, beliau telah mengumumkan Projek Ketiga Kereta Negara. Syarikat Malaysia, DreamEDGE telah dilantik untuk menjadi syarikat utama untuk projek ini dan pengeluarannya akan bermula pada tahun 2023. Pun begitu, tiada berita terbaru mengenai projek tersebut setakat ini.

Sumber: myTukar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.