Ada satu kawasan residensi ni sedang menjadi buruan kecaman netizen kerana aktiviti yang pihak tetangga ingin lancarkan pada 1 Februari 2020 nanti.
Operasi menangkap kucing terbiar yang diiklankan menerusi banner ini mendapat tumpuan netizen sehingga gambar itu viral di media sosial.
Wow feeling-feeling anda je berhak hidup dalam dunia ke camna?” – Netizen
Rata-rata bengang melihat iklan tersebut apabila ia memaparkan slogan kata “Jangan bela kucing sekiranya menganggu jiran tetangga”.
Perkongsian ini sampai mata badan NGO Persatuan Haiwan Malaysia, mereka mengharapkan agar pihak penduduk akan menangkap kucing-kucing tersebut dan tempatkan di saluran yang bertul.
Andaikata mereka dapat tahu jika aktiviti itu menggunakan kaedah tangkapan, kaedah pengurusan dan kaedah pengendalian haiwan yang curang serta terbuka ruang zalim, mereka tidak teragak-agak untuk mengheret sesiapa yang terlibat ke mahkamah.
Apa lah saguhati yang dia berikan tu.
https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.639187599621777/1168746639999201/?type=3&theater
Sementara itu, netizen bimbang jika nasib kucing terbiar itu dibunuh. Malah ramai yang geram marah dan berharap agar tempat itu akan diserang tikus pula.
“Kena serang dengan tikus baru tahu”
Hurm, kucing tu kan haiwan kesayangan nabi, dan haiwan macam tu manalah tahu common sense macam kita ni. Alahai, admin harap mereka hantar kucing-kucing itu ke saluran yang betul.