in

“Siapa suruh tak reti didik anak” – Kena Bayar RM118,300 Sebab Anak Calarkan 10 Audi Dekat Showroom

Calar Audi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepasang suami isteri dipaksa membayar 200,00 yuan (RM118,329) oleh pihak sebuah showroom Audi di Guilin, China.


Menurut AsiaOne, ia disebabkan anak kecil mereka berusia 3 tahun telah mencalarkan 10 kereta Audi termasuklah keluaran terbaru, Audi Q8 menggunakan batu pada 24 November lepas.

Pihak showroom kemudian meminta kedua ibu bapa kanak-kanak itu membayar ganti rugi kerana kerosakan itu akan membuatkan kereta tersebut tidak lagi dilabel sebagai kereta baru walaupun selepas dicat semula.

Audi2
sumber: asiaone
Audi1
gambar hiasan

Disebabkan calar itu juga, 10 kereta terbabit hanya boleh dijual dengan harga yang lebih murah, itu pun pihak mereka berkemungkinan dikenakan tindakan atas kesalahan penipuan.

Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan tidak bersetuju dengan harga yang dikenakan pihak showroom dan kes ini telah dibawa ke mahkamah. Pada 3 Disember baru-baru ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk selesaikan masalah itu dan pasangan terbabit membayar sejumlah 70,000 yuan (RM41,415).

Audi6
gambar hiasan

Mahkamah turut berkata kepada pasangan itu bahawa menggunakan ‘Anak saya masih kecil’ dan ‘Anak saya tidak faham apa-apa’ tidak boleh diguna pakai untuk mengurangkan pampasan yang ditetapkan.

Hakim juga turut menasihati pasangan terbabit supaya pantau anak kecil mereka dan bantu kanak-kanak itu untuk explore sesuatu benda baru di sekelilingnya, dengan cara lebih baik.

Sebab tu pentingnya didik anak sejak kecil…

Baca: “Dia kata nak bagi hadiah” – Sengaja Calarkan BMW Kat Showroom Guna Kunci Sebab Nak Paksa Bapa Belikan

Calar Kereta Bmw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.