in

“Siapa potong bawang ni?”- [VIDEO] Impian Nak Naik Lamborghini Tercapai, Pemandu Ini Sebak Dapat Tunai Hasrat Lelaki OKU

feature 4 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang nak dapat peluang naik kereta mewah macam Lamborghini atau Porsche kan. Min dapat tengok depan mata pun dah happy. 

Kali ini tular di Twitter video seorang pemandu Lamborghini yang cuba menahan dirinya daripada menitiskan air mata selepas menunaikan hasrat seorang lelaki kelainan upaya (OKU) untuk menaiki kereta Lamborghini.


https://twitter.com/CthuluSquared/status/1372535383788032000

Video yang telah dikongsikan oleh @CthuluSquared itu telah ditonton sebanyak 5.6 juta kali di platform tersebut.

Difahamkan, video itu pada asalnya telah dimuat naik oleh YouTuber, Andy Popescu di Youtube pada Oktober tahun lalu namun kembali viral beberapa hari lalu.

driver 5

Dalam video itu, lelaki OKU yang juga dikenali sebagai Micul Gigant itu dipercayai ada Cerebral Palsy dan dia memang ada impian untuk menaiki kereta terbabit. Jadi, suatu hari, dia telah menghantar DM kepada YouTuber terbabit dan meluahkan hasratnya untuk menaiki Lamborghini.

Pada mulanya, ramai netizen menyangka yang YouTuber tu macam annoyed dengan gelagat Gigant namun bila diamati betul-betul, rupa-rupanya dia tengah menahan sebak.

driver 6

Disebabkan terlalu gembira, Gigant ketawa dan menjerit kegirangan dan macam tak percaya yang impiannya akhirnya tercapai. Namun, dia memohon agar Andy tak takut dengan gelagatnya.

Jangan takut dengan saya sebab saya akan jadi macam kanak-kanak jika saya gembira. Saya akan menjerit dan ketawa sebab saya gembira,” kata Gigant.

Dapat dilihat juga dalam video tu yang si pemandu tu mengesat air matanya dengan tangan ketika memandu. Air mata min pun nak menitis jugak ni. 

Rata-rata netizen juga sebak melihat kegembiraan yang dipaparkan oleh Gigant.

driver 1

driver 2

Ada juga yang berpendapat mungkin dia pernah dibuli pada suatu ketika dahulu

driver 3

Gigant juga mengatakan hari itu adalah hari yang paling bahagia dalam hidupnya. Kalau nak tengok video penuh ini, korang boleh tengok di YouTube. Standby tisu banyak-banyak sebab confirm akan meleleh air mata. 

Benda baik macam ni lah yang patut disebarkan. Baru lah hidup aman tanpa pergaduhan. Jadi, jangan lupa spread positivity and love tau korang. 

Baca: “Ya Allah, aku kena kuat sebab ini amanah”- Photographer Tunaikan Hasrat Terakhir Arwah Si Ibu, Hasil Gambar Buat Netizen Menitis Air Mata 

driver

Sumber: Youtube
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.