Kita boleh lihat banyak penganjuran konsert di Malaysia telah diadakan di seluruh negara. Ramai di antara kita yang mengambil peluang untuk menghadiri dan merasai sendiri pengalaman di dalam konsert itu sendiri. Mana taknya, dah dua tahun kita terkurung….
Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah konsert yang telah diadakan di Kedah dan dilihat ramai remaja yang telah menghadiri acara tersebut.
Remaja buat ‘mosh’ semasa konsert depan masjid di Kedah
Video yang berdurasi 23 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok yang memaparkan sekumpulan anak muda sedang berhibur di sebuah konsert mini berdekatan dengan Balai Seni dan Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah.
@kopiais_99 Konsert Patuh Syariah Di Kedah? #fyp #kedah #sanusimdnor
@hud_azraf98 hebat bulan purnama#kakikencing#jualagama #pru15 #tolakpas #fyp
Menerusi video tersebut, boleh dilihat sekumpulan remaja telah berkumpul dan melakukan aksi ‘mosh’ semasa konsert sedang berlangsung.
Kalau korang nak tahu, mosh merupakan perkataan urban yang bermaksud tindakan tarian secara ekstrem seperti aksi melompat, menyepak, dan menendang semasa konsert.
Netizen kesal, minta siasat siapa penganjur?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen amat kesal dengan penganjuran konsert tersebut kerana dikatakan tidak menghormati agama Islam kerana bertindak mengadakan konsert di hadapan Masjid Zahir itu.
Ada juga yang menyalahkan kerajaan tempatan kerana tidak peka terhadap anjuran konsert ini dan meminta untuk siasat pihak yang bertanggungjawab mengadakan konsert ini.
Min pun tak tahu nak cakap apa dan semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera.