in

“Siapa mahu guru & murid terdedah Covid-19?” – Dr Maszlee Malik Anggap Kompaun Sekolah Aniaya Guru

Maszlee2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cadangan mengenakan tindakan kompaun kepada pihak sekolah sekiranya didapati wujud kluster baharu Covid-19 kerana mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan adalah tidak wajar dan menganiaya guru serta pentabdir.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menentang cadangan tersebut. menerusi akaun Twitternya hari ini.


 

Jangkitan mungkin datang dari luar sekolah

Selain Dr Maszlee Malik, cadangan itu juga ditentang oleh para guru, Huzey Hazrey berpendapat bahawa tianya tidak adil kerana jangkitan itu berpunca bukan dari dalam kawasan sekolah.

“Seperti kes di sekolah saya, murid berkenaan mendapat jangkitan melalui pemandu van bas sekolah dan dia tidak menyedari sudah dijangkiti kerana tidak mempunyai sebarang gejala dan tetap hadir ke sekolah.

“Adakah situasi ini wajar dipersalahkan kepada pihak sekolah? Sudah tentulah tidak kerana jangkitan di luar sekolah adalah luar kawalan guru-guru dan pentabdir sebaliknya murid dan ibu bapa sendiri yang perlu memainkan peranan supaya setiap SOP dipatuhi,” katanya kepada sumber GPS Bestari.

Sehubungan penutupan sekolah kerana jangkitan Covid-19, Huzey berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan garis panduan yang selaras untuk semua sekolah mengambil tindakan sekiranya ada kes yang direkodkan di sekolah.

“Sebelum ini, ada sekolah yang berada di zon merah tetap bersekolah seperti biasa walaupun ada pelajar yang dijangkiti manakala ada sekolah zon merah di negeri berlainan pula diarah tutup kerana situasi sama.

“Tidak ada penyelarasan dalam prosedur untuk menutup sekolah ini. Sepatutnya jika sekolah sudah ada kes jangkitan, tutup dahulu untuk proses sanitasi dan murid boleh meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) seperti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi guru yang mengajar di sekolah di Langkawi, Nurin Najwa Irdina Hamshah, turut berpendapat dengan perkara yang sama.

“Sebagai guru yang turut bertugas dalam memastikan pematuhan SOP di sekolah diikuti sepenuhnya, saya dapat melihat murid dan guru-guru memang patuh dengan SOP ketika beradi di kawasan sekolah.”

“Proses penyuraian murid ketika pulang dari sekolah juga dibuat dengan mematuhi penjarakan fizikal dan SOP yang ditetapkan. Pihak sekolah sudah mencuba sehabis baik dalam menangani Covid-19 dan adalah sangat tidak wajar jika meletakkan kesalahan itu kepada pihak sekolah semata-mata,” kata beliau.

iAhli Jawatankuasa Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Negeri Selangor, Datuk Ruslee Hashim yang juga Yang Dipertua PIBG, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor turut bersetuju dengan pendapat ini.

Baginya,  pihak berwajib sepatutnya turun memantau terlebih dulu di sekolah-sekolah mengenai pelaksanaan yang dibuat bagi mematuhi SOP yang ditetapkan, bukannya menghukum pihak sekolah.

“Kami mengalu-alukan sebarang usaha membantu penambahbaikan pematuhan SOP di sekolah termasuklah menyediakan peruntukan untuk membantu pihak sekolah menyediakan kelengkapan bagi memastikan setiap SOP yang ditetapkan dapat dipatuhi sepenuhnya.

“Pada masa ini, kerjasama daripada semua pihak adalah lebih penting daripada menghukum. Oleh itu, saya berpendapat cadangan itu adalah tidak wajar kerana ia akan memberikan tanggapan negatif masyarakat kepada kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19 ini,” ujar beliau.

 

Baca : Polis Cadang Kompaun Sekolah Jika Cetus Kluster Baru COVID 19 Akibat Daripada Pengabaian SOP

Polis 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.