in

“Siapa kenal budak ni?” – Aeril Zafrel Cari Lelaki Ceroboh Masuk & Letak ‘Sesuatu’ Dalam Kawasan Rumah

Aeril 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pelakon Aeril Zafrel mendedahkan cerita dirinya pernah menjadi mangsa sihir oleh orang yang tidak dikenali sehingga dia terpaksa berehat seketika daripada industri lakonan.


Ada orang masuk kawasan rumah, tinggal sesuatu

Terbaharu, Aeril berkongsi satu hantaran video rakaman litar tertutup (CCTV) di Instagram miliknya memaparkan seorang lelaki yang telah menyelinap masuk ke dalam kawasan rumahnya. Lelaki yang memakai baju t-shirt serta seluar tiga suku dilihat sedang berjalan selepas berjaya memasuki kawasan rumah tersebut.

Artikel berkaitan: “Paku, pisau” – Lebih 10 ‘Bendasing’Keluar Dari Badan, Aeril Zafrel Kongsi Pernah Disihir

Artikel berkaitan: Aeril & Wawa Dituduh Riak Tunjuk Bayar Zakat Perniagaan RM1.15 Juta, Ini Respon PU Amin

Seperti yang dimaklumkan Aeril dalam kapsyen, lelaki itu turut meninggalkan sesuatu yang pelik. Suami kepada Wawa Zainal itu juga meminta orang ramai untuk membantunya menjejaki lelaki berkenaan.

Siapa kenal budak ni tolong saya! Budak ni panjat rumah saya dan bila tengok dia letak barang dekat gambar lain tu, Kalau kenal dm saya. Dah buat report polis tapi susah nak kesan sebab nombor plat motor tak dapat capture kat CCTV.

Dalam video lain yang turut dimuat naik, lelaki tersebut berlari tergesa-gesa ke motosikalnya yang diparkir di lorong lain berhampiran dengan rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

Netizen persoal keselamatan & ‘barang’ yang ditinggalkan

Bagaimanapun, netizen di ruangan komen risau dengan situasi yang menimpa Aeril dan keluarganya. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat selamat, diceroboh pula oleh seseorang yang amat mencurigakan.

Aeril 1 Aeril 2

Melihat kepada ‘barang’ yang ditinggalkan oleh lelaki tersebut, ramai netizen berspekulasi ia adalah tempurung kelapa yang telah dibakar serta biji buah pinang. Selain itu, ada yang mendakwa ‘barang’ itu adalah lidah lembu selain nampak seperti tanduk kambing.

Aeril 3

Aeril 4

Allahu.. moga urusan Aeril dipermudahkan.. pelaku tu cepat tertangkap!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.