Fattah Amin,30 tahu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.
Terkenal sebagai pelakon, namun ramai tak tahu yang suami Fazura ini juga memiliki suara yang lunak merdu.
Malah dia turut pernah merakamkan single Wanita Terakhir dan Wanita Terindah itu menghargai penerimaan peminat selama ini.
Fattah berkata, meskipun lebih dikenali dalam bidang lakonan namun itu tidak membuatkan dia menjadikan bidang nyanyian sebagai sekadar melepaskan batuk di tangga, malah dia serius, lapor Berita Harian.
Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius…”
“Cuma, menyanyi bukan seperti berlakon. Lakonan mengambil masa panjang, menyanyi pula rekod lagu dalam masa seminggu boleh siap.”
Malah katanya, minat menyanyi sebenarnya sejak zaman kolej lagi, siap ada kumpulan sendiri.
“Saya merakamkan single pertama, Wanita Terakhir sekadar melepaskan kerinduan menyanyi, tetapi tidak sangka pula menjadi siulan ramai.
“Saya akan meneruskan selagi ada permintaan dan peminat mahu mendengar saya menyanyi. Alhamdulillah, saya tidak putus-putus diundang mengadakan persembahan.”
Cuma katanya kekangan jadual menyebabkan dia terpaksa menolah banyak tawaran persembahan, namun tidak menganggap ia sebagai tindakan acuh tak acuh.
“Biar peminat menilai, saya akan terus menghasilkan single baharu jika mereka suka,”
“Saya bukan acuh tak acuh menyanyi, tetapi jadual saya sering bertindih dengan undangan yang diterima.”
Katanya kini dia muncul dengan single terbaharu berjudul Bebas di bawah naungan Universal Music.
“Ia adalah lagu berbentuk inspirasi untuk pendengar. Saya banyak mendapat inspirasi daripada isteri, Nur Fazura,”
Fuhh! Cayalah Fattah!