Selalunya bila disebut suri rumah, mesti benda pertama yang muncul dalam minda korang adalah watak seorang wanita dimana dia duduk di rumah dan melakukan kerja-kerja rumah semasa suaminya bekerja di pejabat.
Tapi bagi seorang lelaki ini pula, hidupnya seakan-akan terbalik kerana dia yang duduk rumah dan menguruskan hal-hal rumah selain menjaga anak sementara isterinya bekerja di pejabat.
Berkongsi kisahnya sebagai ‘Stay-at-home Dad’ di laman sosial TikTok, Dedi Rosalam mendedahkan dia mula menganggur pada tahun 2019 selepas gagal melepasi ujian bagi menjadi kakitangan kerajaan.
Dedi yang juga memegang diploma dalam jurusan teknik komputer berkata, semasa dia dan isterinya belum berkahwin, mereka sama-sama menduduki ujian berkenaan. Pun begitu, hanya isterinya sahaja yang lulus.
“Banyak teman kerja kerajaan cuba dekati isteri tapi dia tetap pilih aku. Kami bernikah pada tahun 2020 dalam acara serdehana. Aku bersyukur mertuaku juga baik terimaku walaupun menganggur,” jelas Dedi.
Malu dengan jiran & anak
Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Dedi mengenai rutin harian keluarganya sudah meraih lebih 14 juta tontonan.
Jelas Dedi lagi, dia mengaku malu dengan jiran tetangga dan anaknya yang semakin membesar kerana masih menganggur. Menerusi video perkongsian sama juga, Dedi memohon maaf kepada isterinya selain mengucapkan kata-kata semangat.
“Semangat kerja istri ku, maafkan suami penganggur mu ni yah,” tulisnya.
https://www.tiktok.com/@dedirosalam/video/7103756690251681051?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Kerja jaga anak & uruskan rumah bukan benda mudah
Dalam satu temu bual bersala Wolipop, Dedi mengatakan video perkongsiannya itu hanya bertujuan menunjukkan kepada orang ramai realiti kehidupannya.
Setakat ini, Dedi memilih untuk membuat konten di media sosial sebagai punca pendapatan. Lelaki terbabit menjelaskan dia tidak bekerja di pejabat kerana ingin menjaga sendiri anaknya.
“Selain bikin konten, saya jaga anak. Banyak pekerjaan rumah yang harus diselesaikan seperti memasak, cuci baju, jaga anak dan lain-lain,” katanya.
Sumber: TikTok @dedirosalam, Wolipop