in

“Siapa ajar boleh pecah macam ni?” – Isu Wanita Tak Rapatkan Saf Ketika Solat Berjemaah Jadi Perhatian Netizen

Solat Berjemaah Rapat Saf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, hangat di media sosial mengenai isu gambar jemaah wanita dilihat tidak merapatkan saf ketika solat berjemaah di sebuah masjid.

Umat Islam sedia maklum bahawa setiap individu yang bersolat jemaah tak kiralah di masjid, surau atau di rumah sekalipun haruslah merapatkan saf antara satu sama lain.


Artikel berkaitan: “Biarlah anak kecil tu bersesak” – Fatin Afeefa Perli Ibu Bapa Tolak ‘Stroller’ Di Bazar Ramadan

Artikel berkaitan: “Dia tanya bazar dulu” – Netizen Terhibur Tengok Pasangan India ‘Excited’ Pergi Bazar Ramadan

“Apa motif yang tak nak rapatkan saf ni?” 

Susulan gambar berkenaan, netizen meluahkan teguran mereka terhadap situasi yang berlaku dan ada yang beranggap tindakan muslimah yang tidak merapatkan ini sebagai selfish. 

Malah ada juga yang mengatakan inilah sebabnya para wanita lebih digalakkan untuk bersolat di rumah dari solat berjemaah di masjid.

Rapat Saf

Hukum merapatkan dan meluruskan saf 

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, meluruskan saf adalah termasuk di dalam adab-adab solat berjemaah.

“Disunatkan oleh imam untuk tidak memulakan solat sebelum saf diluruskan dan disunatkan juga mengarahkan makmum yang berada di belakangnya untuk meluruskan saf.

“Adapun, sekiranya masjid itu besar, maka disunatkan untuk melantik seseorang untuk memastikan agar saf-saf diluruskan dengan cara mengelilinginya atau dengan cara mengarahkan (dengan menggunakan suara).

“Disunatkan juga, bagi setiap yang hadir (di dalam saf) meminta agar disempurnakan saf jika terlihat terdapat kecacatan pada saf tersebut.

Ini kerana, ia termasuk di dalam amar makruf dan juga tolong-menolong di dalam kebaikan serta ketaqwaan yang mana menyempurnakan saf adalah termasuk di dalam kesempurnaan solat,” menurut laman web tersebut.

Sebaiknya para wanita yang ingin bersolat di masjid rapatkanlah saf. Kalau nak solat berkelompok, solatlah saja di rumah. 

Sumber: Pejabat Mufti WP, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.