in

“Siap tunjuk isyarat jari tengah” – Atlet E-sukan Wanita Thailand Disingkir Dari Pertandingan Sebab Menipu

atlet e sukan wanita thailand menipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Acara e-sukan di Sukan SEA Thailand digemparkan dengan kontroversi susulan atlet wanita tuan rumah, Warasin Naphat atau lebih dikenali sebagai Tokyogurl disingkirkan selepas didakwa melanggar peraturan teknikal yang serius.

Persekutuan E-sukan Thailand (TESF) mengumumkan mengenai penyingkiran pemain wanita berusia 24 tahun itu selepas mendapati pemain terbabit menggunakan perisian pihak ketiga yang tidak dibenarkan semasa acara e-sukan AoV (Arena of Valor).


Kontroversi bermula apabila timbul syak wasangka dalam talian bahawa Naphat, penembak tepat pasukan itu, telah memasang perisian pihak ketiga yang haram pada perkakasan pertandingan, susulan kekalahan 0-3 Thailand kepada Vietnam dalam perlawanan AoV.

Media tempatan turut melaporkan Naphat dirakam menunjukkan sikap tidak sopan dengan memberi isyarat jari tengah ketika siaran langsung acara itu.

Artikel berkaitan: Betul Depan Tv Dia Main, Gelagat Kanak-Kanak Sembilan Tahun Sertai Pertandingan E-Sukan Terbuka Jadi Tumpuan

Artikel berkaitan: Seimbang Dunia Akhirat, Atlet Mobile Legends Negara Hafal 30 Juzuk Al-Quran

@bite.gh_

อย่าแพ้เสียงในหัวเชียวนะ #Tokyogurl #Seagames2025 #RoV #TossakanMaloch #Maloch

♬ Elegant and gentle, Boccellini’s Menuet – Kohrogi

Susulan insiden itu, TESF mengumumkan bahawa seluruh pasukan AoV wanita Thailand akan menarik diri daripada Sukan SEA sebagai tanda akauntabiliti.

“Mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan pasukan kami. Saya dan seluruh pasukan benar-benar menyesal.

“Kami cintakan sukan ini dan tidak akan membiarkan apa-apa, tidak kira siapa yang melakukannya, mencemarkan imej sukan kami,” kata Presiden TESF, Santi Lothong.

Sekadar info, e-sukan mula dipertandingkan di Sukan SEA pada tahun 2019. Tahun ini, temasya itu mempertandingkan empat kategori membabitkan FC Online, Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire dan Arena of Valor.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.