in

“Siap tulis tangan” – [VIDEO] Gadis Terharu Imbau Kenangan Adibah Noor Balas Kad Raya 7 Tahun Lalu

KAD ADIBAH NOOR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian Adibah Noor pada 2 hari yang lalu ternyata memberikan kesan yang mendalam buat seluruh peminat industri tanah air. Sejak daripada itu juga, satu-persatu kebaikan penyanyi tersebut semasa hayatnya telah didedahkan di media sosial. Malah, sifat mulia beliau itu menjadi asbab Allahyarhamah akan tetap diingati.

Selepas viral kisah Adibah Noor pernah bantu sebuah keluarga daripada segi kewangan, siapa sangka ada lagi kisah mengharukan melibatkan penyanyi tersohor tersebut. Ramai yang boleh contohi sifat beliau ni!


Baru-baru ini menerusi perkongsian norajannah88 di laman TikTok, gadis itu imbau kembali kenangan 7 tahun lalu apabila dia mendedahkan kad ucapan hari raya yang pernah dikirimnya telah dibalas semula oleh Allahyarhamah.

@norajannah88

7 TAHUN DULU ADIBAH NOOR PERNAH BALAS KAT RAYA SAYA..DALAM BANYAK2 ARTIS SAYA HANTAR.HANYA KAK DIBA SEORANG SAHAJA YG BALAS..TERIMA KASIH KAK DIBA..KAU TERLALU ISTIMEWA???..TENANGLAH DI SANA..AMIN..

♬ bunyi asal – N A ? – . ? .

Tambahnya lagi, pada waktu tersebut dia telah menghantar ucapan Aidilfitri pada ramai selebriti tempatan. Bagaimanapun, hanya Adibah Noor sahaja yang sudi membalasnya. Mungkin sebab itulah dirinya masih menyimpan kad raya tersebut bagi memperingati sifat rendah diri artis berkenaan.

8 4

Dalam kad tersebut, Allahyarhamah sempat berterima kasih atas kiriman kad raya oleh gadis ini dan turut melahirkan rasa seronok menerima kad raya yang dianggapnya sebagai old school tapi tetap menjadi pilihannya. Beliau turut menghargai sokongan padu yang diberikan gadis ini terhadap segmen Ceria Pagi semasa beliau menjadi penyampai radio dahulu.

7 3

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji hasil tulisan tangan Adibah Noor yang sangat cantik serta tak kurang juga yang masih sebak selepas melihat kata-kata penuh ramah dan ikhlas yang terkandung dalam kad tersebut.

6 5

Betul kata orang dulu-dulu, harimau mati meninggalkan belang, manusia pergi meninggalkan nama!

Baca: “PA & Keluarga Arwah Pegang Amanah Adibah Noor, Jaga Kebajikan Kucing Miliknya”

page kucing

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.