in

“Siap perli aku kedekut” – Hidup Terabai Sejak Jadi Anak Yatim, Bila Dah Kerja Pakcik Datang Tuntut ‘Duit Poket’

Ft Anak Yatim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sementara orang lain mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan menikmati kehidupan normal sebagai kanak-kanak yang berusia 9 tahun, lain pula dengan individu ini yang telah menjadi anak yatim.

Lebih malang lagi, dia diabaikan oleh pakcik yang sepetutnya menggalas tanggungjawab untuk menjaganya. Menurutnya sepanjang dia membesar pakciknya itu tidak pernah hulur duit.


Artikel berkaitan : “Menumpang kasih anak syurga” – Lelaki Ini Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak Yatim

Artikel berkaitan : “Kuat semangat dia” – Anak Yatim Piatu Gigih Berniaga Nasi Lemak Walau Sakit Jantung Berlubang

Biarpun terpaksa bersusah payah dalam hidup, dia akhirnya berjaya dan kini sudah mendapat pekerjaan yang tetap, namun begitu, pakciknya muncul kembali dalam hidupnya untuk menagih ‘duit poket’.

Tidak cukup dengan itu, inividu ini turut disindir oleh pakciknya itu dengan mengatakan dirinya seorang yang kedekut sebab tidak pernah hulurkan duit kepadanya

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bengang dengan sikap bapa saudaranya itu  dan ramai yang meminta agar individu ini mengabaikan dengan sindiran dan permintaannya.

Anak Yatim Screenshot 2024 08 07 173636

Kadang-kadang orang paling toksik dalam hidup ini adalah keuarga sendiri, jadi abaikan sahaja dan fokus pada diri sendiri.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.