in

“Siap kena angkut dengan trak polis” – Langgar SOP, Pengantin & Bridesmaids Dikompaun Lepas Buat Photoshoot Beramai-ramai

Feature 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk makluman korang, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majlis akad nikah sememangnya dibenarkan namun hanya boleh dilakukan di pejabat agama Islam negeri masing-masing. Jadi, lepas dah sah nikah, mereka yang terlibat kena balik rumah lah. 

Namun, lain pula jadinya kepada sekumpulan bridesmaids dan pengantin baru ni. Menurut Berita Harian, 19 individu termasuk pengantin dan pengiring pengantin telah ditahan polis dan didenda sebab melanggar SOP.


Sop 2

Difahamkan, kesemua mereka dikompaun sebab buat photoshoot gambar kahwin secara beramai-ramai.

Menurut Asisten Komisioner Shariman Ashari iaitu Ketua Polis Daerah Langkawi, pihak polis ternampak sekumpulan mereka yang berpakaian sedondon sedang bergambar di kawasan berhampiran sungai ketika sedang membuat rondaan di kawasan perumahan di Ayer Hangat.

sop 3

Mereka yang terlibat ialah 17 individu yang dipercayai bridesmaids (16 perempuan, seorang lelaki) termasuk pasangan pengantin baru itu sendiri.

Daripada siasatan yang dilakukan, kami mendapati mereka tinggal di kawasan perumahan tersebut dan ada juga yang datang dari tempat lain di sekitar pulau ini,”

Sop 1

Kejadian tersebut difahamkan telah berlaku pada jam 6.30 petang, Rabu lalu. Pihak polis menahan kesemua mereka atas kesalahan berkumpul secara beramai-ramai dan keluar rumah tanpa alasan yang kukuh.

Mereka yang berumur antara 17 hingga 28 tahun itu juga telah dikompaun RM1,000 setiap orang sebelum dibebaskan di Balai Polis Kuah. Tak pasal-pasal kena naik trak polis. 

Baca: Hanya Kebetulan Jumpa Di Simpang Jalan, Annuar Musa Sangkal Dakwaan Langgar SOP 

sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.