Kira-kira dalam bulan Oktober tahun lalu, pernah tular gambar dan video seorang penumpang LRT yang membuatkan ramai penumpang lain rasa tidak selesa.
Individu tersebut dilihat mengambil 3 tempat duduk kosong untuk meletakkan barangannya yang dipenuhi sampah makanan dan dia juga membuka kasut sambil bermain dengan telefon bimbitnya di dalam LRT.
Artikel Berkaitan : Buat Penumpang Tidak Selesa, Individu Selamba Buka Kasut & Makan Dalam Tren
Artikel Berkaitan : Menteri Pengangkutan Senyap-senyap Naik LRT Kelana Jaya, Pantau Servis Tren Waktu ‘Peak Hour’
Selepas dirinya tular, kes tersebut pun dilihat ‘mendiam’ seketika. Namun lelaki itu kembali menjadi tumpuan semula apabila melakukan perkara yang sama di MRT pula.
Menurut penumpang yang kongsikan foto lelaki ini, dia dapat menghidu bau busuk apabila lelaki itu membuka kasut. Malah, ada netizen lain yang pernah terserempak dengannya mengatakan dia meninggalkan bekas makanan itu di dalam tren.
Selain itu, ada juga netizen mendedahkan beberapa kelakuan biadap yang dilakukan oleh orang ini. Seorang warganet mengatakan bahawa lelaki ini dikatakan pernah menolak ayahnya ketika mahu memasukkan token ke pintu palang kerana mengelak untuk membayar.
Haraplah ada pihak ambil tindakan segera sebab rasanya memang dah ramai sangat kenal lelaki ni dengan perangai dia tu.
Sumber : X