Baru-baru ini, pelawak terkenal Malaysia, Atu Zero telah menjadi perhatian warganet di platform media sosial TikTok apabila gelagatnya ketika bermain badminton melawan artis Indonesia telah menghiburkan ramai netizen.
Difahamkan, Atu telah menyertai pertandingan badminton “Vindes Tepok Bulu 2023” anjuran artis Indonesia, Vincent Rompies dan Desta Mahendra pada 17 November lalu.
Atu dan influencer, Atita Haris telah menjadi wakil Malaysia dalam kategori beregu campuran dalam acara tersebut.
Mereka berdua telah melawan artis Indonesia iaitu penyanyi, Ziva Magnolya dan pelakon Arya Saloka.
Sebelum pertandingan tersebut bermula, Atu telah menjadi perhatian kerana dia telah membawa beg bagasi sedangkan atlet badminton biasanya akan membawa beg sukan ke gelanggang.
@kobeh988 AKU PENAT GELAK JE 😭😭 #fyp #badminton
Artikel Berkaitan: “Unpredictable” – Ramai Terhibur Mas Idayu Komen Persembahan Peserta Guna ‘Slang’ Joey Daud
Artikel Berkaitan: “1 Malaysia cari kau!” – Peserta Pernah ‘Sound’ Mas Idayu Masa Sesi Ujibakat Akhirnya Ditemui
Manakala ketika pertandingan pula, Atu masih sempat menyikat rambutnya dan memakai bedak Carrie Junior.
@suhaimie_whp gelagat atu zero di indonesia menjadi tumpuan… | @Akueatu92 @atitaharis | #atuzero #melatizero #malaysia #batminton #tepokbulu2022 #tepokbuluvindes #indonesia #sabah #sarawak #selangor #kualalumpur #peneng #perak #kelantan #myfuntasticpayday
Buat hal betul Atu ni kan.
Sumber: Suara Merdeka