in

“Siap ada sijil ketulenan” – Uncang Teh Didakwa Pernah Digunakan Mendiang Ratu Elizabeth II Dijual RM53K

1Teh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lalu, dunia dikejutkan dengan berita kemangkatan pemerintah tertinggi kerajaan Britain, Ratu Elizabeth II. Memegang takhta selama 70 tahun, pemergian baginda telah mengalihkan perhatian ramai orang kepada berita itu.

Dengan berita kemangkatan itu, terdapat segelintir pihak yang seakan-akan mengambil kesempatan dengan menjual memorabilia yang dikatakan ada kaitan dengan mendiang. Sebagai contoh, penjualan uncang teh yang didakwa pernah digunakan oleh mendiang satu ketika dahulu.


Screenshot 2022 09 11 At 11.01.24 Am

Memetik sumber dari India Times, uncang teh yang dijual di laman jual beli online, eBay, itu didakwa telah diseludup keluar oleh pekerja pest control pada tahun 1998 dari Istana Windsor, England.

Uncang teh itu dijual pada harga USD 12,000 (bersamaan kira-kira RM53,976). Memorabilia itu juga turut disertakan Sijil Ketulenan yang dikeluarkan oleh Institute of Excellence in Certificate of Authenticity (IECA). Sijil tersebut menyatakan tiada keraguan mengenai memorabilia itu.

Screenshot 2022 09 11 At 11.02.57 Am

Penjual dari Amerika Syarikat itu juga menyifatkan uncang teh itu sebagai memorabilia yang rare, lebih-lebih lagi selepas kemangkatan baginda Ratu Elizabeth II.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.