Dengan ledakan teknologi pada zaman yang semakin maju ini, pelbagai perkara dapat dilakukan dengan mudah pada hujung jari sahaja termasuklah membeli barangan keperluan harian.
Namun, seorang penjual Indonesia di TikTok live baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana dia menjual barangan kain kapan menerusi platform tersebut.
Penjual kain kapan di TikTok itu telah menarik perhatian pengguna media sosial tersebut kerana setakat ini, difahamkan masih belum ada mana-mana penjual yang menjual kain kapan menerusi platform live TikTok.
Memetik laporan Detik.com, jenama kain kapan itu iaitu Kafani.id itu turut menggunakan model untuk dipakaikan kain kapan itu.
Menurut CEO jenama tersebut yang dikenali sebagai Yoka, perniagaan kain kapan ini telah dimulakannya sejak Mac tahun ini dan kedainya terletak di Bandung, Indonesia.
@uthiee12 kain kafan busui frendly ga tuhš #kafani #pocong #pocongtiktok #kainkafan
ā¬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Seperti kebanyakan bisnes yang lain, mereka juga turut mencuba menjual produk mereka itu kain kapan putih itu menerusi TikTok live.
Siaran live jenama ini nampaknya membuahkan hasil kerana ia telah menjadi perhatian ramai pengguna TikTok di negara seberang itu.
@ikiww.tsk kocak š live jual kain kafan ,izin record @kafani.id šš #elzio #fyp
Ketika live, penjual kain kapan ini juga akan menunjukkan tutorial cara untuk memakaikan kain kapan itu pada model yang menjadi jenazah.
Ini kerana menurut Yoka, dia mahu menggunakan cara yang sama seperti penjual baju lain yang akan memakaikan baju pada model atau patung mannequinĀ untuk menarik perhatian pembeli.
Dalam masa yang sama, ketika sesi live, dia juga berkongsi pengetahuan tentang cara untuk mengendalikan jenazah dengan penonton.
Ini kerana, tidak dinafikan bahawa ada di antara kita yang tidak tahu cara-cara pengurusan jenazah sedangkan perkara ini merupakan fardu kifayah.
Difahamkan, selain kain kapan, jenama ini turut menjual barangan keperluan lain untuk pengurusan jenazah seperti kapur barus, kain samping dan minyak wangi mayat.
Sesi live jualan kain kapan ini juga dilihat mendapat reaksi positif daripada netizen Indonesia namun dalam masa yang sama, ada juga beberapa warganet yang bertanyakan soalan lucu ketika live TikTok tersebut.
Sumber: Detik.com, Instagram @surabayaterkini