in

“Siap ada jawatan” – 7 Haiwan Peliharaan Ahli Politik Yang Menarik Perhatian Rakyat!

Syaz Ft 2024 10 25T163931.513

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap tentang ahli politik atau mereka yang memimpin sesebuah kerajaan, pasti kita akan bayangkan individu yang tegas dan sentiasa serius.

Namun, menjadi lumrah manusia untuk seseorang itu berkongsi kasih sayang bukan sahaja sesama manusia tetapi juga dengan haiwan.


Korang tahu tak, ramai ahli politik, baik di Malaysia mahupun di luar negara mempunyai haiwan peliharaan yang menemani mereka dalam melunaskan tanggungjawab mereka kepada negara.

1. Bobby Kartanegara

Pada 20 Oktober lalu, Presiden Prabowo Subianto secara rasmi dilantik sebagai presiden Indonesia. Ia menjadi satu lembaran sejarah baru buat negara jiran kita itu.

Namun, satu perkara yang menarik perhatian netizen serta seluruh rakyat Indonesia ialah kucing kesayangan Presiden Prabowo, Bobby Kertanegara, turut dibawa ke Istana Negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bobby Kertanegara (@bobbykertanegara)

Difahamkan, Bobby Kartanegara merupakan kucing jalanan yang sering berkeliaran di sekitar kediaman Presiden Prabowo ketika beliau masih tinggal di Jalan Kartanegara, Jakarta Selatan.

Kucing berwarna putih dan bertompok coklat itu kemudiannya diambil oleh Presiden Prabowo malah turut dibawa ke Istana Negara untuk tinggal bersamanya selama 5 tahun penggal ini.

 

2. Champ & Major

Umum mengetahui, White House merupakan rumah serta pejabat utama bagi presiden Amerika Syarikat, ia menjadi satu tradisi bagi presiden yang menetap di situ untuk membawa haiwan peliharaan mereka.

Tidak seperti Donald Trump, Joe Biden membawa masuk dua ekor anjing berbaka German Shepherds miliknya yang dikenali sebagai Champ dan Major untuk tinggal bersamanya di White House, Washington DC.

Cats 23

Champ telah bersama keluarga Biden selama lebih 10 tahun sejak Disember 2008, manakala Major pula merupakan seekor anjing yang diambil dari pusat perlindungan dan dibela sejak 2018.

Artikel berkaitan: “Terus terjun” – Gelagat Abang Bomba Selamatkan Kucing Atas Bumbung Buat Orang Ramai Geli Hati

Artikel berkaitan: “Mengikut SOP” –  Majlis Daerah Besut Beri Respon Isu Anjing Liar ‘Kopi’ Dit*mbak

3. Billy

Ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), ramai pihak media yang berkampung di kediaman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sebelum beliau dilantik secara rasmi untuk jawatan terhormat itu.

Meskipun seluruh Malaysia sedang dalam keadaan gementar dengan keputusan, Billy mencuri perhatian.

@cikbunga_csi

#kucingkesayangan #DSAI #billy #PMX #fypシ

♬ original sound – 🄹🄴🅂🄱🄾🄽 – JESBON_76

Billy merupakan kucing peliharaan PMX dan sering ‘melayan’ petugas media sewaktu PRU15, lebih membuatkan ramai ‘geram’, kucing berwarna putih dan coklat cair itu tidak takut dengan orang ramai dan hanya berlegar-legar di situ seperti tiada apa yang berlaku. Geram eh!

 

4. Larry the Cat

Dalam senarai kali ini, Larry merupakan kucing ahli politik yang palik unik sekali. Downing Street, London merupakan sebuah jalan yang menempatkan pejabat rasmi dan kediaman Perdana Menteri United Kingdom.

Larry atau juga dikenali sebagai Larry The Cat mempunyai jawatannya yang tersendiri iaitu Chief Mouser, di mana dia ditugaskan untuk menangkap tikus yang mengganggu ketenteraman kawasan tersebut.

Artikel berkaitan: ⁠Kaki Terpaksa Dibalut, Kucing Ini Pernah 2 Kali Jatuh Dari Tingkat 7

Artikel berkaitan: Tular Didera Teruk Oleh Tuan Sendiri, Anjing Husky Telah Berjaya Diselamatkan

5. Yume, Buffy, Pasha & Verni

Meskipun nampak tegas dan garang, Presiden Rusia, Vladimir Putin merupakan seorang yang sangat meminati anjing, malah minatnya itu membuatkan banyak negara yang menghadiahkannya anjing peliharaan sebagi tanda diplomatik.

Beliau kini mempunyai empat ekor anjing iaitu Yume, Buffy, Pasha dan Verni. Buffy merupakan seekor anjing berbaka shepherd Karakachan hadiah dari Perdana Menteri Bulgaria Boyko Borisov.

Yume pula merupakan hadiah dari Wilayah Akita, Jepun sebagai tanda terima kasih atas bantuan daripada Rusia selepas gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.

92917518 Hi017705036

Verny juga merupakan hadiah hari jadi ke-65 daripada Gurbanguly Berdimuhamedow, Presiden Turkmenistan, semasa mesyuarat di Sochi pada Oktober 2017.

Akhir sekali, Pasha anak anjing berbaka Šarplaninac yang diberikan kepada Vladimir Putin daripada Presiden Serbia Aleksandar Vučić semasa lawatan rasmi pada Januari 2019.

 

6. ‘Royal Corgis’

The Royal Corgis atau Corgis diraja ialah anjing Pembroke Welsh Corgi yang dahulunya dimiliki oleh Ratu Elizabeth II dan ibu bapanya, King George VI dan Ratu Elizabeth.

Ratu Elizabeth II memiliki lebih daripada 30 corgis sepanjang beliau memegang jawatan itu pada 1952 sehingga kematiannya pada 2022.

Cats 24

Selepas kematian Ratu Elizabeth II pada September 2022, difahamkan Andrew dan Sarah ‘Duchess of York’ menjaga dua corgis diraja yang masih hidup, mereka akan ditempatkan semula ke kediaman mereka di Royal Lodge di Estet Windsor.

 

7. Paddles

Paddles merupakan kucing ‘oyen’ milik bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden dan pasangannya Clark Gayford.

Apa yang unik mengenai kucing ini, dia mempunyai fizikal yang luar biasa iaitu polydactyl (jari yang banyak), Paddles diambil oleh Jacinda di pusat perlindungan SPCA.

Paddles menarik perhatian media apabila dia merupakan kucing yang mempunyai akaun Twitter sendiri dan pernah ‘mengacau’ panggilan telefon di antara Jacinda dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada satu ketika dulu.

Cats 25

Pun begitu, Paddles difahamkan telah mati selepas dilanggar oleh sebuah kereta di pinggir bandar Auckland Point Chevalier pada 7 November 2017.

 

Sumber: CBC, Town&Country, BaliPost

Sumber: NBC News
Sumber: BBC
Sumber: Moshiqa
Sumber: Maashable

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.