Thailand Open baru sahaja melabuhkan tirainya semalam, tahun ini ia diadakan di Impact Arena, Nonthaburi, Thailand yang juga merupakan lokasi untuk kejuaraan Thomas Cup sebelum ini.
Untuk pengetahuan, Thailand Open merupakan salah satu kejuaraan badminton antarabangsa yang diadakan sejak 1984, ia juga dikategorikan dalam BWF World Tour Super 500 sejak tahun 2018.
Tahun ini, kita dapat saksikan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjuarai pertandingan tersebut selepas berjaya menumpaskan lawannya daripada China, Lee Xifeng. Kemenangannya itu mengukuhkan lagi kedudukannya di tempat keenam dunia.
Bagaimanapun, selain kemenangan berprestijnya itu, ada satu lagi perkara yang membuatkan ramai peminatnya menunggu. Pemain perseorangan lelaki itu sebelum ini berjanji akan melakukan tarian ‘TikTok’ jika dia berjaya menjuarai pertandingan tersebut.
“Nasib baik tak mungkir janji!”
Pemain berusia 24 tahun itu membuatkan ramai peminatnya bahagia selepas menepati janjinya dengan menari bersama pingat kejuaraannya, walaupun sedikit kaku tapi masih comel!
https://www.facebook.com/watch/?v=985881115463949
Video pendek itu mendapat lebih ribuan shares di Facebook, dan rata-rata terhibur dengan atlet kebanggaan negara itu.
Walaupun nampak cute, tapi jangan main-main dengan dia punya smash! Tahniah Lee Zii Jia!
Baca: “Comel je!” – Reaksi Lee Zii Jia Jadi Tumpuan Lepas Wanita Tolak ‘Fist Bump’ Cara Baik