Susulan dengan penceraian pelakon Hafidz Roshdi bersama bekas isterinya baru-baru ini, Nurul Shuhada dalam Instagram ada membuat satu perkongsian berkenaan dengan urusan antara dia dan anak bersama bekas suaminya itu.
Semoga nafkah anak-anak takkan putus
Dalam perkongsian itu, dilihat ibu kepada 2 orang cahaya mata ini bergambar berlatar belakangkan bunting mengenai penceraian daripada Mahkamah Syariah Selangor.
Shuhada yang berpakaian serba hitam memberikan kapsyen yang membawa mesej harapan agar nafkah anak-anaknya dipermudahkan.
“Semoga Nafkah anak anak takkan putus . Aminnn YaMujib”
https://www.instagram.com/p/CpKmWo2LPW5/
Dalam ratusan komen yang memberikan kata-kata semangat buat Shuhada, Hafidz Roshdi dilihat ada memberikan komennya untuk respon kapsyen yang dibuat oleh Shuhada dengan menjelaskan bahawa anak-anak adalah pembawa rezeki dan takkan putus, begitu juga nafkah seperti mana yang dituntut oleh bekas isterinya itu.
Untuk rujukan, beberapa minggu lepas, rumah tangga pasangan ini menjadi bualan ramai setelah Shuhada ada membuat satu kenyataan dengan memberi bayangan bahawa Hafiz Roshdi yang merupakan suaminya pada ketika itu dikatakan berlaku curang.
Malah, seorang wanita yang dikatakan ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya itu ada membuat kenyataan terbuka kepada Shuhada dengan menjelaskan bahawa hubungan mereka bagaimanapun telah lama berakhir.
Ia bagaimanapun ditepis oleh Shuhada, namun begitu, spekulasi tersebut ditepis apabila Hafidz Roshdi ada memuat naik posting dia memegang erat tangan isterinya untuk menyatakan bahawa hubungan mereka kembali jernih sebelum dikejutkan dengan berita penceraian mereka.
Baca : “Tengok puas-puas” – Aedy Ashraf Kongsi Video ‘Belasah’ Hafidz Roshdi