in

“Shopping setiap 15 hari”- Janji Sebulan Sekali Makan Piza, Pasangan Pengantin Buat Perjanjian Kontrak Perkahwinan

f1 kkkahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup selepas berkahwin memang bahagia tapi kalau tiada sifat jujur atau bertolak ansur antara suami isteri, boleh sebabkan pergaduhan.

Mungkin itulah yang cuba dielakkan oleh pasangan pengantin baru di India ini apabila kedua-dua mereka menandantangi perjanjian atau kontrak perkahwinan ketika majlis mereka baru-baru ini.


kkk 2

Menurut Mirror UK, kontrak itu merupakan merupakan perkara-perkara yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan sepanjang hidup bersama.

Pasangan pengantin yang dikenali sebagai Shanti dan Mintu itu dilihat menandatangi kontrak itu pada sekeping cardboard yang agak besar saiznya ketika di atas pelamin.

kkk 3

Antara kandungan di dalam kontrak itu ialah berjanji untuk ke gimnasium setiap hari dan hanya boleh makan piza sekali dalam sebulan. Bagus jugak tu, tak payah la masak time hari tu nanti. 

Selain itu, mereka juga setuju untuk pergi membeli-belah setiap 15 hari dan mengambil gambar pasangan dengan cantik setiap kali ada majlis.

Mereka juga setuju untuk keluar hingga lewat malam namun harus menemani antara satu sama lain. Barulah tak ada kes curiga mencurigai kan.

kkk 4

Difahamkan, perjanjian itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Mestilah dorang dah bincang dulu kan sebelum tu. 

Rasanya bagus dan menarik juga kalau buat ‘perjanjian’ olok-olok macam ni kan. Awal-awal kahwin tu kita dan pasangan dah setuju dan tahu siapa yang bertanggungjawab buang sampah, basuh pinggan, kemas rumah dan sebagainya.

Barulah tak ada gaduh-gaduh kan. 

Sumber: Mirror

Baca: “Kita kan serumpun”- Ramai Puji Pasangan Indonesia Ini Pakai Baju Pengantin Macam Orang Malaysia 

kkk1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.