Pempengaruh media sosial, Shermine Ah Moi tampil memberi penjelasan kepada netizen yang mempersoalkan tentang keberadaan anak-anaknya bercuti dengan bekas suaminya, View Chin bersama kekasih, Mira.
Bagi yang tidak tahu, usahawan ini pernah menjadi sorotan netizen sebelum ini kerana kisah curang suaminya dengan seorang pekerja.
Artikel berkaitan: “Saya doakan dia bahagia & sihat” – Shermine Lupakan ‘Kisah Lama’, Sambut Birthday Anak Dengan View Chin
Menerusi satu perkongsian video di TikToknya, Shermine mengatakan bahawa dia sememangnya sudah sedia maklum dan memberitahu perkara tersebut kepada anak-anaknya.
“Saya dapat mesej dari netizen, mereka bagitahu anak-anak saya keluar bercuti dengan ayah diorang dan girlfriend dia. Ya, saya tahu tentang perkara itu.
“Sebelum anak-anak bercuti dengan bapa diorang, saya pun dah bagitahu siapa diorang akan jumpa. Jadi saya minta mereka jangan ada hard feeling sebab tak kisah apa pun, dia masih ayah diorang,” katanya.
Justeru, Shermine berharap netizen tidak lagi bimbang mengenai hubungannya dengan View Chin kerana mereka sudahpun membawa haluan masing-masing.
“Macam saya cakap, kami dah move on. Ayah mereka dah ada girlfriend.
“Walaupun sekarang saya masih single tapi kalau satu hari nanti saya dah ada jodoh, saya pun akan bawa teman lelaki saya jumpa anak-anak saya juga. Nak dia sayang anak-anak saya juga,” ujarnya.
@sherminehauahmoi_dq Thank you korang support ahmoi❤️ Ahmoi harap ahmoi akan berjumpa lelaki yang baik jugak🥰 Bagi ruang saya dengan Ex kita dah masing2 ada hidup sendiri🥰 Ahmoi pun doakan Ex akan baik2, business lebih bagus😝 2025 we need to meet our New life and New journey☺️
Belum kahwin ke?
Bagaimanapun, di ruangan komen video tersebut penuh dengan persoalan netizen yang bertanya tentang status hubungan bekas suaminya bersama wanita berkenaan.
Ini disebabkan dalam video itu, Shermine berulang kali menyebut ‘girlfriend’ kepada bekas suaminya.
Artikel berkaitan: “Nama tak payah tukar” – Tersasul Cakap ‘Suami Saya’ Masa Live, View Chin & Mira Dah Kahwin?
Lebih mencuri perhatian, Shermine menerusi ruangan komen seorang pengguna menyebut dia hanyalah berlaku jujur.
Alamak! Harap pihak sebelah sana tampil beri penjelasan dengan persoalan netizen ni.
Sumber: TikTok