in

Shermine Dah Berbaik Dengan View Chin, Tak Tahu Status Hubungan Bekas Suami

ft view chin ahmoi dah berbaik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

April lalu, hangat diperkatakan mengenai isu keretakan rumah tangga pempengaruh View Chin dan Shermine, isu itu berikutan dengan tularnya kecurangan View Chin bersama pekerjanya sendiri.

Setelah beberapa bulan berlalu, Shermine ketika ditemubual oleh mStar Online mengatakan, dia kini sudah move on dan mahu fokus kepada kerjayanya pula.


Artikel Berkaitan : Ah Moi Dakwa Cerai Tak Sah, Bakal Ambil Tindakan Terhadap View Chin Dan Mira

Artikel Berkaitan : Bekas Isteri Dakwa View Chin Nak ‘Get Back’, Serik Takkan Terjerat Lagi

Jelasnya lagi, dia akui perceraian adalah kenangan pahit dalam hidupnya, manakala anak-anak menjadi pembakar semangat untuk Shermine ‘bangkit’ semula.

Kata Shermine, dia akui pada mulanya dia tidak yakin jika dirinya boleh berjaya akibat perceraian itu, namun begitu setelah dia harungi setiap cabaran satu per satu, ia nampaknya membuahkan hasil.

“Kalau kita nak sebenarnya, kita memang boleh, bukan dengar cakap orang yang kita rasa kita tak boleh.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shermine Hau (@shermine_ahmoi)

Berkenaan dengan status hubungan dirinya, Shermine menjelaskan dia kini masih belum mempunyai cinta hati sebagai pengganti, sebaliknya hanya mahu fokus kepada kerjaya dan anak-anaknya.

“Kena tunggu orang yang betul-betul hargai kita, sayang kita, tunggulah dia muncul, sekarang ini belum muncul lagi.”

Dalam pada itu, Shermine juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan bekas suami kini dah semakin baik bagi menjaga perasaan dan emosi anak-anaknya.

“Sekarang saya dengan bekas suami ada bincang untuk mengutamakan anak, kena jaga hati anak, yang penting ibu sayang korang, ayah pun sayang korang, saya nak mereka tahu yang tak semuanya berubah, kalau ada perayaan kita masih boleh raikan sama-sama.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by View Chin (@viewhau)

Kenyataan itu dibuat setelah ditanya berkenaan dengan foto dirinya bersmaa View Chin meraikan hari natal bersama anak-anak.

Berkenaan dengan status bekas suaminya kini, Shermine menjelaskan bahawa dia tidak tahu menahu berkenaan dengan hal peribadi View Chin dan kurang berborak mengenai hal itu.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.