in

“Shah Rukh Khan tanya mana Mawi” – Kenang Fenomena Tsumawi, Mawi Kongsi Momen Berjumpa Dengan SRK

Mawi Srk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyampai radio Zayan, Mawi pernah mencipta fenomena yang digelar Tsumawi atau ‘Mawi World’ suatu ketika dahulu.

Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani menjadi bualan semua lapisan masyarakat sekitar tahun 2000 menerusi sebuah rancangan realiti Akademi Fantasia.


Sekadar info, Mawi dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim ketiga pada tahun 2005. Fenomena Mawi juga telah menyebabkan dirinya bergelar ‘Raja SMS’ kerana sering mendapat undian tertinggi melalui SMS.

Artikel berkaitan: “Saya seolah-olah mati 15 minit” – Mawi Kongsi Pengalaman Terkena Penyakit Misteri

Menerusi temubual bersama Sinar FM baru-baru ini, Mawi mengimbas kembali momen ketika zaman kegemilangannya.

Screenshot 2024 06 05 124125

Mawi satu pentas dengan Shah Rukh Khan

Salah satu momen yang tidak dapat dilupakan, Mawi pernah sepentas dengan bintang tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dalam satu acara di sini.

Kongsinya, Shah Rukh Khan (SRK) memiliki aura tersendiri dan begitu kagum dengan cara aktor itu berhadapan dengan orang ramai.

@sinar_my

Replying to @hasifpadzil Wah! Mawi dapat jumpa Shah Rukh Khan ? 😱 #SINARKongsi #BorakSelebriti #mawi #mawiworld #fyp #fypシ #fypシ゚viral #shahrukhkhan

♬ original sound – SINAR – SINAR

“Saya sampai dulu dekat tempat tu (acara), bila SRK sampai, dia buka kereta dengan lemparan senyuman tu… kita rasa macam terpukul… dia ni pakai ilmu apa?”

“Dia punya gaya berjalan, dia punya karisma, cara dia sambut orang… aku kena belajar cara superstar ni,” ujar Mawi.

Namun, paling yang tidak disangka apabila SRK sendiri bertanya mengenai kehadiran Mawi.

“Bila dia turun tu, dia tanya ‘where’s Mawi?’Oh my god, Shah Rukh Khan tanya Mawi!”

Bodyguard dia tunjuk Mawi dan dia terus nak peluk,” kata Mawi.

Pelantun lagu Aduh Saliha itu berkata, dari situ dia belajar cara bagaimana untuk berhadapan dengan orang ramai dengan melihat tindakan yang dilakukan oleh SRK.

Rata-rata yang melihat perkongsian video itu turut mengakui dan merasai fenomena Mawi dan mungkin bagi sesetengah anak muda pasti tidak akan mempercayai apa yang diperkatakan selebriti tersebut.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.