in

“Setiap minggu kitaorang akan pack” – Nana Mahazan Dedah Bagasi Untuk Peserta AF Bukan Gimik

ft nana af

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penangan program realiti Akademi Fantasia ini dilihat memberikan impak kepada kita sehingga sekarang. Biasanya kalau kita nampak orang terdekat bawa bagasi, pasti ada antara kita yang akan berseloroh dengan menyanyikan semula satu rangkap lagu Menuju Puncak, “percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.”

Ini kerana bagasi tersebut sinonim dengan program Akademi Fantasia, di mana ia adalah satu simbolik perpisahan buat peserta yang tersingkir. Namun, ketika rancangan tersebut sedang berlangsung, mesti akan ada rasa tanda tanya, apa yang ada di dalam bagasi itu kan?


Artikel berkaitan : Jemaah Haji Malaysia Meninggal Seminit Sebelum Azan Subuh, Rebah Ketika Tawaf Sunat

Artikel berkaitan : Lafaz Akad Nikah Didakwa Tidak Sah Sebab Terhenti Seketika, Luna Maya & Suami Beri Penjelasan

Persoalan itu juga turut bermain di fikiran seorang netizen yang terus bertanyakannya kepada salah seorang bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan atau Nurul Nana Che Mahazan.

Terpanggil dengan soalan itu, Nana menerusi TikTok miliknya menjelaskan bahawa bagasi tersebut bukanlah gimik semata-mata. Ianya memang hak milik setiap peserta.

“Untuk AF lain saya tak tahu tapi untuk AF 1 memang setiap minggu kita kena kemas beg, memang beg yang diletakkan di atas tu memang beg pelajar yang tersingkir.”

“Cuma saya dengar untuk pelajar AF yang mendatang tu, saya dengar dia letak je beg sesiapa tu secara random, lepas tu bila dah tersingkir memang diaorang bagi beg yang betul lah.”

@nanamahazan

Replying to @Fakhrul

♬ NO SOUND – Sok Baraby

Menceritakan kenangan semasa menjadi peserta AF, Nana memberitahu bahawa setiap minggu memang menjadi rutin semua peserta untuk kemas barang mereka, takut-takut jika mereka peserta yang tersingkir pada minggu itu.

Disebabkan itu, masuk minggu ketiga, Nana dan peserta lain tidak keluarkan balik barang dalam bagasi walaupun mereka antara yang terselamat dalam sesi penyingkiran.

Jelasnya lagi, selepas peserta itu tersingkir, peserta tersebut akan terus pulang dan takkan berdepan dengan peserta yang terselamat sehingga program tersebut habis.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.