Pihak polis telah merampas seterika yang dipercayai digunakan untuk menekap dada seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) dalam satu kejadian di bilik asrama universiti tersebut, baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, rampasan tersebut dilakukan bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian.
Katanya, setakat ini, seramai 16 orang individu telah direkod percakapan termasuk pengadu, suspek, pegawai kadet yang lain, staff, jurulatih dan pegawai perubatan, lapor Sinar Harian.
Artikel berkaitan: Kes Buli UPNM: Mangsa Ditekap Dengan Seterika Oleh Senior Lepas Mangsa Diminta Gosok Baju
Artikel berkaitan: Kematian Penuntut UPNM Dilaporkan Kes Ke-2 Selepas Zulfarhan, Peguam Jenayah Nak Buka Semula Kes Amirul Nashriq
Sebelum ini, media melaporkan, mangsa mendakwa diterkap seterika setelah diminta menggosok baju milik seniornya pada 22 Oktober lalu.
Difahamkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini sedang menjalankan siasatan kes buli dan dera itu.
Dalam pada itu, masyarakat juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan tersebut.
“Sekiranya bersalah, ATM akan mengenakan tindakan disiplin yang keras atau tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit, jika terbukti bersalah,” katanya.