in

“Setakat ini tiada rancangan basikal perlu didaftar, dilesen atau diletakkan nombor plat”-Menteri Pengangkutan

Gambar Hiasan 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, trend menunggang basikal kini semakin hangat di negara kita terutamanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilonggarkan.

Namun begitu, trend ini semakin menjadi persoalan ramai, apabila banyak perkara yang tidak diingini berlaku membabitkan penunggang basikal.


Disebabkan itu, banyak media tempatan melaporkan setiap basikal di negara ini perlu didaftar, dilesen dan diletakkan nombor plat pendaftaran sama seperti kenderaan bermotor, demi menjaga keselamatan penunggang basikal daripada terdedah dengan kemalangan jalan raya.

Pun begitu, Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata tiada rancangan dipihaknya untuk melaksanakan pendaftaran dan pelesenan setiap basikal di negara ini serta diletakkan nombor plat seperti kenderaan bermotor lapor Bernama.

366481

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat kementerian, malah cadangan itu juga tidak pernah dibangkitkan kepada beliau.

Banyak lagi faktor perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh MOT bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki.”

Wee berkata, agensi bawah MOT perlu membuat kajian menyeluruh atau cadangan untuk analisis dan pertimbangan pengurusan kanan MOT termasuk pejabat menteri sebelum proses dimulakan bagi melaksanakan apa-apa dasar bawah bidang kuasa MOT, dan semua pengumuman polisi pramatang adalah dilarang tanpa persetujuan menteri.

Beliau juga berkesempatan untuk memberi nasihat kepada semua penunggang atau penggemar sukan berbasikal supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya peraturan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Baca: Basikal bukan golongan yang patut berada di atas jalan raya -JPJ Akan Kaji Trend Berbasikal Atas Jalan Raya Dengan PDRM

Capture 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.