Pelakon Azri Iskandar mendedahkan sudah lebih setahun tidak berjumpa dengan tunang yang dikenali sebagai Dr Azra.
Ditanya mengenai status terkini, Azri atau nama sebenarnya Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, mengakui hubungannya dengan Dr Azra sudah mula renggang kerana jarang berjumpa disebabkan kesibukan bekerja.
Artikel berkaitan: Lepas Setahun Tunang Dengan Dr Azra, Azri Iskandar Terpaksa Tunda Perkahwinan Sebab Masih Kumpul Duit
Artikel berkaitan: Hubungan Masih Baik, Azri Iskandar Kadang-kadang Pinjam Ellie Kalau Tak Ada Duit
“Sudah setahun lebih tidak berjumpa dia. Saya rasa biar jelah begitu. Contact pun macam mahu tidak mahu sekarang.
“Saya dengan dia sudah mula renggang, saya nak betulkan balik keadaan. Saya nak pastikan dulu saya dengan dia macam mana. Baru cakap yang seterusnya (berkahwin),” katanya.
Jelas Azri, wanita itu sedang sibuk berlatih Muay Thai untuk menjayakan sebuah drama yang bakal ditayangkan di platfrom Viu.
Bekas isteri anggap Dr Azra scammer
Mengulas lanjut, Azri mengakui emosinya sedikit terganggu kerana sering dituduh gila hanya kerana masih merahsiakan wajah kekasih hatinya itu.
Malah, bekas isteri iaitu Ellie Suriaty Omar dan anak-anak memintanya untuk mencari teman wanita baharu.
“Saya memang rasa terganggu bila teman wanita tidak mahu mendedahkan dirinya, anak-anak saya bahkan bekas isteri saya suruh cari wanita lain.
“Ellie anggap dia scammer. Tak apa saya terima ini sebagai satu ujian,” ujarnya.
Katanya, dia kini sedang mengenali hati budi beberapa wanita untuk dijadikan teman hidup dan anak-anaknya dikatakan setuju dengan perkara itu.
Terdahulu, Azri mengesahkan pertunangannya bersama Dr Azra kepada umum di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu.
Azri dan Ellie Suriaty telah bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: mStar