in

“Sesuai untuk muslimah pakai stokin” – Fipper & Aplikasi The Noor Beri Penjelasan Isu Selipar ‘Muslim Friendly’

selipar neelofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah timbul kekecohan di media sosial semalam yang mempersoal apa logiknya di sebalik kasut jenama Fipper yang berkolaborasi dengan aplikasi The Noor milik Neelofa yang dikatakan ‘muslim friendly’, kedua-dua jenama itu semalam tampil memberi penjelasan.

Menerusi akaun Instagram The Noor, pihak Fipper telah membuat permohonan maaf atas kekeliruan dan memperjelas maksud disebalik ‘muslim friendly’. 


Menurutnya, selipar tersebut dipanggil ‘muslim friendly’ kerana ia sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin kerana produknya sebelum ini kurang sesuai dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan dalam press release mereka sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/CNXDesyh6dl/?igshid=17xasoiuehme0

Penjelasan itu sekaligus membuatkan segelintir netizen berpuas hati dan kini memahami apa yang dimaksudkan dengan ‘muslim friendly’ tersebut.

168016264 4095989730457036 7649569906575354211 n

Walau bagaimanapun ada yang mencadangkan supaya perkataan ‘muslim friendly’ diubah menjadi ‘socks friendly’ supaya tidak ramai yang keliru.

Malah ada juga yang mempersoal kenapa aplikasi The Noor berkolaborasi dengan jenama selipar kerana ia kurang sesuai disebabkan logo aplikasi yang sinonim dengan Al-Quran dan azan diletakkan di kaki pula. Hmm… 

noor 3

noor 1

Apa-apapun harap korang dah berpuas hatilah dengan penjelasan yang diberikan pihak berkenaan mengenai isu ini. 

Baca: “Ada jaminan tak hilang masa solat jumaat tak?” – Neelofa Lancar Selipar ‘Muslim Friendly’, Terima Pelbagai Komen Netizen

neelofa muslim friendly

Sumber: Facebook
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.