Siasatan bagi kes pembunuhan kanak-kanak autism Zayn Rayyan masih diteruskan, hari ini sudah masuk hari ke-12 penyiasatan itu dilakukan dan setakat hari ini masih belum ada petunjuk baru mengenai kes tersebut.
Dalam laporan Buletin TV3, Pakar Kriminologi, Nadiah Syariani Md Shariff menyifatkan jenayah yang dilakukan ini sebagai satu jenayah terancang, ianya kerana tidak banyak bahan bukti yang ditinggalkan untuk menjejak suspek dan ia menunjukkan suatu niat yang sangat kuat.
Artikel berkaitan: Forensik Minta Saksi Kanak-kanak Lakonkan Semula Insiden Melibatkan Kes Adik Zayn Rayyan
Artikel berkaitan: Polis Nak Sedut Air Sungai Untuk Cari Petunjuk Kes Bunuh Adik Zayn Rayyan
“Pada tahap ini sesiapa sahaja boleh menjadi suspek dan sesiapa sahaja mempunyai motif untuk melakukan jenayah, melainkan sekiranya ada bahan bukti yang cukup kuat seperti cap jari atau ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menyokong atau mengenalpasti individu secara spesifik,” katanya.
Malah, beliau juga berkata terdapat kebarangkalian bahan-bahan bukti tercemar memandangkan terdapat jarak masa yang panjang selepas jenayah berlaku.
“Ada kebarangkalian bahan bukti sudah tercemar, mungkin bahan bukti yang penting sudah dipindahkan ke tempat lain kerana ‘contact and transfer’, dan sekiranya melibatkan saksi, kita berdepan dengan kesukaran untuk saksi membuat ingatan semula tentang apa yang terjadi,” katanya lagi.
Selain itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa suspek juga sudah melarikan diri dan ia menjadikannya lebih sukar untuk dikesan.
Sama-sama kita doakan siasatan ini dimudahkan…
Sumber: Buletin TV3