Sebuah helikopter pelancong terhempas ke dalam sungai di New York hingga meragut enam nyawa termasuk tiga kanak-kanak.
Kejadian berlaku sekitar pukul 3.17 petang (waktu tempatan) di Sungai Hudson dekat Lower Manhattan, semalam.
Menurut laporan, mangsa yang terkorban terdiri daripada juruterbang dan sebuah keluarga yang melancong dari Sepanyol terdiri daripada pasangan suami isteri dan tiga anak mereka.
Artikel berkaitan: Helikopter Jatuh Di Bali Gara-gara Tersangkut Tali Layang-layang
Artikel berkaitan: Bukan ‘Human Error’, Pesawat TLDM Terhempas Kerana Tidak Berada Pada Ketinggian Yang Ditetapkan
Sebelum terhempas, helikopter jenis Bell 206 itu dilihat terbang mengelilingi Pulau Governor dan Patung Liberty sebelum bergerak menyusuri Sungai Hudson.
Video yang dikongsikan orang awam yang menyaksikan kejadian itu, menunjukkan serpihan helikopter berterbangan dan alat pengapung muncul di permukaan air, manakala bilah kipas tercabut daripada helikopter.
BREAKING: At least three people are dead after a helicopter crashed into the Hudson River. Five people were reportedly onboard including children.
Why the fuck is this happening so much after Trump became president?
— CALL TO ACTIVISM (@CalltoActivism) April 10, 2025
Datuk Bandar New York, Eric Adams menyifatkan tragedi itu sebagai ‘nahas menyayat hati dan tragik’.
“Ketika ini, kesemua enam mangsa berjaya dikeluarkan dari air. Malangnya, kesemua mereka disahkan meninggal dunia,” katanya.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang giat menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar nahas terbabit.
Sumber: Berita Harian