Seperti yang ramai maklum, kos rawatan di hospital kadangkala boleh dikatakan agak tinggi menyebabkan sesetengah individu mengalami kesukaran untuk menanggung pembayarannya.
Namun begitu, berbeza pula dengan seorang suami ini yang berasa lega malah tak sangka dengan bil rawatan isterinya yang amat rendah walaupun melakukan pembedahan otak di sebuah hospital kerajaan.
Memetik laporan dari Berita Harian, suami, Lee Vi Hua berasa sangat terkejut apabila mengetahui yang bil isterinya itu hanya dikenakan sebanyak RM258 sahaja selama 26 hari dirawat di hospital tersebut.
Biarpun bayaran rendah namun, dia berasa lega kerana pembedahan otak isterinya itu berjalan dengan lancar dan baik.
Menurutnya, isterinya mengalami sakit kepala yang teruk sejak Disember tahun lalu dan hanya makan ubat tahan sakit dari klinik tempatan.
Namun, disebabkan sakitnya masih berterusan, dia membawa isterinya ke sebuah hospital swasta untuk dirawat. Yang sedihnya, dorang dapat berita buruk apabila isterinya itu disahkan mengalami pendarahan otak yang serius.
“Doktor mengesyorkan prosedur pembedahan otak serta-merta, namun rawatan itu tidak ada di hospital swasta tetapi sebaliknya hanya ada kemudahan hospital kerajaan yang terpilih.”
Katanya, dia ingin melakukan pembedahan di hospital swasta dengan anggaran kos RM150 ribu. Walaupun begitu, disebabkan isterinya dijangkiti COVID-19 pada 17 Disember lalu, dia terpaksa dipindahkan ke hospital kerajaan di Johor Bahru.
Artikel berkaitan: Suami Dakwa Bil Hospital & Kos Urut Patut Dibahagi 2 Dengan Isteri Sebab Sama-sama ‘Buat’ Anak
Artikel berkaitan: Tak Mampu Bayar Bil Rawatan Sebab Insurans Tak ‘Cover’, Pesakit Lari Dari Hospital
Tambahnya lagi, usaha dapatkan rawatan agak sukar kerana kebanyakan pakar bedah di hospital kerajaan dan swasta sedang bercuti pada akhir bulan tersebut.
Pun begitu, pada 7 Januari lalu, isterinya telah selamat dibedah dan dibenarkan untuk keluar dua hari kemudian.
“Pembedahan itu berjaya, menandakan berakhirnya perjalanan yang mencabar selama 26 hari. Selepas tiga bulan berada di hospital dan di bawah jagaan pasukan perubatan terbaik, saya terkejut apabila hanya perlu menjelaskan bil RM258.”
“Sistem penjagaan kesihatan Malaysia sememangnya bagus kerana kebolehcapaiannya kepada rakyat. Memilih hospital swasta boleh menyebabkan kos mencecah berlipat kali ganda lebih tinggi.”
Kisah Vi Hua ni meraih perhatian netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman yang sama.
Malah, ia turut mendapat reaksi dari bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Hisham Abdullah yang mengulang siar berita ni dalam laman X-nya.
A husband was left amazed by a hospital bill of only RM258 for his wife's brain surgery and treatment expenses over 26 days at a government hospital.
Initially, we planned the surgery at a private hospital, estimating a cost of RM150,000.
The surgery was a success, marking the…
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 17, 2024
Syukur kerana kos perubatan kita masih mampu dibayar jika dibanding dengan negara lain.
Sumber: Berita Harian