Bila sudah bergelar seorang model apatah lagi supermodel terkenal khususnya di negara Barat, sudah pasti mereka akan mengalami kekangan waktu gara-gara jadual waktu shooting dan modelling yang agak padat.
Nak shooting satu babak pun berejam.
Sama juga kesnya dengan seorang supermodel popular berhijab ini, Halima Aden yang mengejutkan industri fesyen apabila dia mengumumkan untuk bersara daripada bidang fesyen demi agama.
Menurut Halima, dia mengambil keputusan drastik tersebut setelah merasakan dunia modelling ini menuntutnya untuk berkompromi dengan amalan agama Islam.
Sering tertinggal solat, hijab tak kena syarak
Menurut laporan The Guardian, Halima telah memuat naik siri luahan hati di media sosial Instagramnya. Antaranya dunia fesyen menjadi punca dia sering tertinggal solat lima waktu gara-gara kesibukan photoshoot dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, dunia fesyen yang diceburi juga menuntutnya untuk menggayakan pelbagai gaya hijab yang tidak sesuai dengan ketetapan syarak.
Antaranya, dia pernah menggantikan hijab dengan jeans yang dibalut di kepala untuk photoshoot.
Tambahnya lagi, dia juga merasakan dirinya semakin ‘hanyut’ daripada agama Islam sepanjang bergelar seorang model.
Allahu sis, hidayah tu milik Allah.
Salahkan diri sendiri
Saya hanya mampu menyalahkan diri sendiri apabila mengutamakan peluang yang ada tanpa ambil kira apa yang saya ‘hilang’.
Halima turut memuji penyanyi terkenal, Rihanna yang membenarkannya untuk mengenakan hijab yang menepati dengan pegangan agama Islam ketika terlibat dalam photoshoot brand alat kosmetik popular, Rihanna Fenty Beauty.
Rihanna membenarkan saya memakai hijab yang saya bawa ke set. Inilah Halima yang sebenar.
Pada tahun lepas, Halima turut meletakkan syarat bahawa hijab yang dipakainya adalah sesuatu yang tidak boleh dirundingkan sewaktu menandatangani kontrak dengan agensi model IMG.
Pernah ‘join’ ratu cantik Miss USA
Untuk pengetahuan korang, Halima Aden mula menggapai popularitinya sejak tahun 2016 apabila dia merupakan salah seorang finalis dalam pertandingan ratu cantik Miss USA .
Halima seterusnya telah menandatangani kontrak dengan sebuah agensi modelling antarabangsa yang terkenal, IMG dan mencipta debutnya yang pertama sewaktu ‘berjalan’ di pentas minggu fesyen New York sambil memperagakan koleksi fesyen Kanye West’s Yeezy dan Maxmara.
Tahniah sis. Semoga istiqamah mengejar jalan Allah. Rezeki Allah tu luas.
Baca: Finalis Pertandingan Ratu Cantik Ini Jadi Tumpuan Kerana Berhijab, Kenali Raudha Kasmir