Dekat Malaysia ada beberapa tempat atau kampung yang namanya kedengaran agak pelik sebab ia mempunyai maksud yang berbeza dalam loghat negeri lain.
Seperti yang berlaku di sebuah kampung di negara Eropah iaitu Sweden ini, penduduknya bersepakat untuk menukar nama kampung mereka iaitu Fucke sebab nama sekarang mempunyai sebutan dan ejaan yang hampir sama dengan perkataan mencarut dalam bahasa Inggeris.
Menurut Mail Online, penduduk kampung tersebut memutuskan untuk tukar nama tempat tinggal mereka itu kerana nama itu sering ditapis atau kena censored setiap kali mereka menulis nama kampung itu di internet terutamanya di Facebook.
Ini menyebabkan sukar untuk mereka menjual barangan terpakai di laman sosial. Kini, mereka dilaporkan akan menghantar permohonan kepada jabatan tanah Sweden untuk menukar nama kampung Fucke kepada Dalsro yang bermaksud lembah yang sunyi.
Namun, proses yang berjalan bukanlah secepat dan semudah itu sebab penduduk dikatakan perlu menunggu beberapa bulan terlebih dahulu sebab jabatan yang telibat akan berbincang dahulu dengan Institusi Bahasa dan Monumen Purba.
Ini kerana kampung terbabit telah dikenali dengan nama sedemikian sejak sekalian lamanya.
Difahamkan, dah ada banyak kes penduduk di Sweden yang memohon nama tempat tinggal mereka ditukar nama sebab nama asal membawa maksud yang tidak begitu elok dalam bahasa Inggeris walaupun maksud dalam bahasa mereka sendiri tak pelik pun.
Susah jugak macam ni, takut pulak kalau tersalah eja atau sebut nama kampung ni depan orang ramai.
Sumber: Mail Online
Baca: “Tak pernah dengar pun”- Ini 5 Nama Sebenar Negara Di Dunia Yang Ramai Tak Tahu, Sebut Pun Susah