Di tengah pandemik ni, banyak kita baca maklumat-maklumat di internet untuk ketahui mengenai perkara-perkara berkaitan wabak Covid-19 ni. Yelah, kalau nak baca artikel-artikel perubatan mahu terjuling mata dan susah nak faham.
Tapi, bukan semua maklumat-maklumat dekat media sosial ni boleh dipercayai. Sehinggakan ramai yang percaya dengan mesej-mesej viral yang disampaikan tanpa mengetahui kesasihannya.
Disebabkan ini, ramai yang suka dengar celoteh Dr Malar yang terkenal di TikTok. Dengan penyampaiannya yang bersahaja, orang pun senang nak faham.
Menerusi Twitter, Dr Malar memberitahu yang dia telah pun dipilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menjadi wajah hadapan majalah edisi September nanti. Wahh tahniah Dr Malar!
Menurut Dr Malar, dia tak sangka niatnya untuk berkongsi ilmu secara santai telah menarik perhatian ramai orang.
My FIRST ever magazine cover – Dewan Bahasa dan Pustaka edisi September !! ??
Terima kasih kepada @DBPMalaysia kerana memilih saya. Terharu bila niat saya nak kongsi ilmu secara santai, sebenarnya menarik perhatian beberapa pihak, sesungguhnya saya tak sangka langsung. pic.twitter.com/6AqeTA3YhN— Celoteh Dr Malar (@celotehdrmalar) August 16, 2021
Ye lah, saya ni kongsi ilmu, berceloteh bagai guna bahasa santai je, langsung tak formal, tak fikir imej korporat lah, professional lah, saya belasah je.. Dapatkan edisi September nanti tau! Terima kasih seribu daun keladi semua! Chayang uols semua #celotehdrmalar
“My mom dulu takut nak ambil vaksin tapi…”
Netizen yang ramai mengikuti Dr Malar dan video-videonya di media sosial turut tumpang bangga dengan kejayaannya ini dan turut mengakui suka dengar celotehnya dan banyak membantu untuk menyedarkan orang sekeliling.
Min pun suka dengar celoteh Dr Malar ni, senang nak faham apa yang dia sampaikan. Siap boleh explain dekat orang lain lepas tengok video dia. Tahniah sekali lagi Dr Malar!