“Serangan boleh memuncak sekelip mata” – Doktor Kongsi 10 Fakta Tentang ‘Panic Attack’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak korang rasa bimbang, takut, cemas dan resah tak tentu pasal dan sewaktu ia berlaku — jantung berdebar laju dan kita rasa sesak nafas secara tiba-tiba?

Kalau ada mengalami simptom-simptom seumpama ini, maknanya korang sedang dilanda serangan panik atau kita lebih familiar dengan nama ‘panic attack’.

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih kurang aware mengenai serangan ini, jadi apa kata kita luang sedikit masa untuk ketahui 10 fakta tentang panic attack seperti yang dikongsikan Dr. @zaidrostam.

  1. Serangan berlaku secara tiba-tiba tanpa ada penyebab atau penyebab itu terlalu ‘trivial’.
  2. Serangan memuncak dalam tempoh sekelip mata (+-1 minit) dan hilang juga dalam tempoh sekejap (tak lebih 20 minit).
  3. Perlu ada sekurang-kurangnya 4 dari 12 simptom baru dikatakan ada serangan panik. Simptom: rasa pening nak pitam, mata berpinar / kabur, nafas tak lancar / laju, berdebar, rasa tercekik, rasa nak mati, dada sesak, seram sejuk, menggeletar, rasa lembut kaki tangan, perut rasa tak selesa.
  4. Serangan panik yang kerap diikuti kerisauan melampau mengenainya dalam tempoh sekurang-kurangnyanya sebulan akan didiagnosa penyakit panic disorder.
  5. Boleh ada agoraphobia: fobia terhadap situasi di mana penghidap takut dirinya akan terperangkap.
  6. Boleh menjadi salah satu penyakit sampingan kepada depression, anxiety disorder, ptsd etc.
  7. Simptom panik boleh menyerupai penyakit perubatan lain seperti masalah ritma jantung, masalah thyroid, penggunaan bahan terlarang etc. So kena check tahap kesihatan keseluruhan.
  8. Keadaan penyakit yang teruk boleh menyebabkan hilang kefungsian dalam situasi sosial, pekerjaan dan personaliti diri.
  9. Amalkan teknik relaksasi seperti relaxation breathing, progressive muscle relaxation, teknik ibadah dan meditasi sebagai langkah awal merawat.
  10. Jumpa doktor anda untuk mengesahkan simptom dan mendapatkan rawatan yang tepat.

Ini adalah perkara-perkara yang perlu korang ambil tahu, kalau korang sendiri atau orang yang terdekat pernah mengalami simptom resah dan kebimbangan melampau seperti di atas.

Lagi satu, jangan malu untuk dapatkan opinion daripada doktor dan pakar perubatan — dan cuba reach out kepada mana-mana kumpulan sokongan yang ada. Kalau dibiarkan, takut akan melarat dan akhirnya memakan diri.

 

Baca: “Darah terkumpul di bawah permukaan kulit” – Doktor Dedahkan 6 Risiko Kalau Kerap Pakai ‘Korset Kerengga’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.