Baru-baru ini, pempengaruh Hazeman Huzir dilihat begitu berang dengan pihak yang menyalahgunakan audionya untuk dijadikan isu pendedahan scam yang melibatkan Aisyah Hijanah dan Alif Teega menerusi satu hantaran. Audio tersebut dikatakan diambil ketika Haze mendedahkan sisi gelap NGO dan ia diceritakan secara rambang tanpa ditujukan kepada sesiapa.
Gabungan imej pasangan ini sambil dilampirkan dengan audio Haze sewaktu dalam satu sesi podcast itu telah menimbulkan satu mesej yang telah disalah ertikan di mana ia seolah-olah Haze sedang memberi gambaran bercakap tentang pasangan tersebut.
Artikel Berkaitan : Aisyah Hijanah Jawab Dakwaan Kes Dimadukan Hanya Gimik, Kutip Derma Untuk Kepentingan Peribadi
Artikel Berkaitan : “Kebetulan staff pernah persoal” – PW Dedah Aisyah Hijanah Pecat Pekerja Tak Ikut Undang-undang?
Terpanggil dengan hantaran itu, Haze tidak berdiam diri dan tampil memberikan respon dengan menemplak pihak tersebut.
“Aku tak petik nama tau, engkau yang petik nama, dah lah bukan itu orang yang aku maksudkan, yang kau sibuk duk petik dengan orang yang tak ada kaitan dengan apa yang aku sebutkan tu kenapa? Terpalinglah korang ni.”
Disebabkan hal tersebut, Haze terpaksa hubungi Alif Teega untuk memberikan penjelasan bahawa dia langsung tidak tujukan kepada Alif dan isterinya tu.
“Bagi lah aku rehat, serabut lah puak-puak korang ni.”
Bagaimanapun hantaran tersebut telah pun dipadamkan dan Haze tampil memberikan respon berkenaan kenyataan balas daripada pihak tersebut berkenaan dengan isu penggunaan audio Haze ini.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Haze turut mempertikaikan pihak tersebut yang cuba menegakkan etika tetapi menggunakan audio miliknya tanpa keizinan.
Sumber : Hazeman Huzir