in

“Sepatutnya ke Zurich” – Kes M*yat Dalam Beg, Rakan Rapat Kongsi Kronologi Kehilangan Suri

mayat dalam beg suri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan seorang wanita tanpa khabar sejak 8 Disember lalu yang dikenali sebagai Suri Narudin terjawab apabila polis menemui satu jasad di dalam sebuah beg di rumah tidak berpenghuni di Rembau, dipercayai miliknya.

Menurut rakan rapat mangsa, kebimbangan tercetus apabila Suri yang sepatutnya dalam perjalanan ke Zurich, Switzerland tidak dapat dihubungi.


“Rakan-rakan di Switzerland yang mula risau sebab dia tak muncul-muncul. Mereka tunggu sampai lapan jam, tapi Suri tak sampai, itu yang akhirnya hubungi keluarga di Sarawak,” kata Mac Ruhayu Mohd Nor.

Artikel berkaitan: M*yat Dalam Beg Ditanam Belakang Rumah Disyaki Wanita Hilang Sejak 8 Disember

Artikel berkaitan: 2 Bulan Hilang, Remaja Perempuan Nur Qasehku Suhaimi Akhirnya Ditemui Selamat 

Difahamkan, perjalanan ke Switzerland adalah rutin tahunan mangsa untuk bertemu rakan-rakan lama, dan tiket penerbangan serta perancangan perjalanan sudah diuruskan lebih awal.

Menurutnya, kehilangan Suri hanya mula mencetuskan kegelisahan apabila beberapa hari berlalu tanpa sebarang khabar, sedangkan mangsa kebiasaannya mudah dihubungi dan sentiasa memaklumkan pergerakan kepada rakan terdekat.

“Mengenali Suri, dia bukan jenis yang akan senyap begitu saja. Bila dah beberapa hari tak dapat dikesan, memang kami rasa ada sesuatu yang tak kena.

“Bila rakannya yang menunggu di Zurich hubungi keluarga apabila Suri tidak kunjung tiba, itu yang baru kami semua menggelabah. Suri sudah tempah menginap tiga hari dua malam di Zurich,” katanya.

Screenshot 2025 12 19 132736

Usaha cari Suri pada awalnya tiada petunjuk jelas

Berkongsi lanjut, usaha mencari Suri pada peringkat awal berdepan kesukaran kerana tiada petunjuk jelas, menyebabkan laporan kehilangan yang dibuat oleh ahli keluarga pada mulanya tidak memberi gambaran wujud unsur jenayah.

Namun, selepas desakan berterusan termasuk penyebaran maklumat tentang kehilangan rakannya, siasatan mula digerakkan dengan lebih meluas.

“Atas desakan dan kerjasama semua pihak, barulah pencarian itu bergerak satu demi satu. Kalau tidak, kes ini mungkin dianggap tiada unsur jenayah. Namun kita berterima kasih kepada PDRM atas tindakan pantas mereka dalam kes ini,” katanya.

Menurut Mac Ruhayu, Suri tinggal bersama anak saudara perempuannya di Apartment Seri Nilam, Ampang. Mangsa juga kerap berulang alik dari Sarawak ke Kuala Lumpur.

kisahdunia.com 1766104530317172

Buat masa ini, pihak keluarga mangsa iaitu anak saudara Suri yang tinggal bersamanya itu hadir ke Hospital Rembau untuk proses pengecaman mayat.

Tambah Mac Ruhayu lagi, dia juga akan ke hospital terbabit dalam masa terdekat bagi urusan seterusnya selepas proses bedah siasat selesai, sebelum membawa pulang jenazah ke Sarawak.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.